14 kluster baharu dikesan

PUTRAJAYA 1 Feb. – Terdapat 14 kluster baharu yang dikenal pasti hari ini, yang melibatkan sembilan kluster berkaitan tempat kerja, tiga kluster kumpulan berisiko tinggi, dan dua kluster komuniti.

Kluster berkenaan terdapat di Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Sabah, Perak, Negeri Sembilan dan asarawak.

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 1 Februari 2021;

  • Jumlah kluster : 831 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 14 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 430 kluster (termasuk lima (5) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Tembok, Kluster GK Tawau, Kluster Sentosa Residensi, Kluster Menara Wang, dan Kluster Maringkan);
  • Jumlah kluster aktif : 401 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 73 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Jalan Puchong (322 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Chulan (85 kes), dan Kluster Tembok Taiping (81 kes).

Sementara itu kluster baharu pula adalah:

1) Kluster Tapak Bina Jalan Lagoon

  • Melibatkan daerah Petaling, Selangor.
  • Kes dikesan positif pada 1 Februari hasil saringan tapak pembinaan.
  • Seramai 880 individu disaring, 76 didapati positif.

2) Kluster Industri Puchong

  • Melibatkan daerah Petaling, Selangor.
  • Kes dikesan positif pada 1 Februari hasil saringan bersasar sebuah kilang.
  • Seramai 200 individu disaring, 44 didapati positif.

3) Kluster Sungai Purun

  • Melibatkan daerah Petaling dan Hulu Langat, Selangor.
  • Kes dikesan positif pada 1 Februari hasil saringan kontak rapat.
  • Seramai 44 individu disaring, 27 didapati positif.

4) Kluster Kampung Parit Majid

  • Melibatkan daerah Muar, Johor.
  • Kes dikesan positif pada 1 Februari hasil saringan bersasar sebuah kilang.
  • Seramai 183 individu disaring, 44 didapati positif.

5) Kluster Tapak Bina Jalan Puchong

  • Melibatkan daerah Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
  • Kes dikesan positif pada 1 Februari hasil saringan bersasar tapak pembinaan.
  • Seramai 553 individu disaring, 332 didapati positif.

6) Kluster Jalan Empat

  • Melibatkan daerah Titiwangsa, Kuala Lumpur.
  • Kes dikesan positif pada 1 Februari hasil saringan individu bergejala.
  • Seramai 89 individu disaring, 29 didapati positif.

7) Kluster Jalan Tan

  • Melibatkan daerah Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
  • Kes dikesan positif pada 1 Februari hasil saringan bersasar pusat jagaan warga emas.
  • Seramai 31 individu disaring, 17 didapati positif.

8) Kluster Ladang Sungai Pin

  • Melibatkan daerah Kinabatangan, Sabah.
  • Kes dikesan positif pada 27 Januari hasil bersasar sebuah kilang.
  • Seramai 36 individu disaring, kesemuanya positif.

9) Kluster Kampung Samin

  • Melibatkan daerah Sipitang, Kota Belud, dan Tuaran, Sabah.
  • Kes dikesan positif pada 28 Januari hasil saringan individu bergejala.
  • Seramai 121 individu disaring, 33 didapati positif.

10) Kluster Padas Damit

  • Melibatkan daerah Beaufort, Sabah.
  • Kes dikesan positif pada 25 Januari hasil saringan individu bergejala.
  • Seramai 160 individu disaring, 32 didapati positif.

11) Kluster Persiaran Raya

  • Melibatkan daerah Manjung, Perak.
  • Kes dikesan positif pada 29 Januari hasil saringan individu bergejala.
  • Seramai 95 individu disaring, 18 didapati positif.

12) Kluster Lapangan Siber

  • Melibatkan daerah Kinta, Perak.
  • Kes dikesan positif pada 21 Januari hasil saringan individu bergejala.
  • Seramai 50 individu disaring, 21 didapati positif.

13) Kluster Bintang Daily

  • Melibatkan daerah Meradong, Sarawak.
  • Kes dikesan positif pada 26 Januari hasil saringan individu bergejala.
  • Seramai 46 individu disaring, lapan didapati positif.

14) Kluster Nilam Tiga

  • Melibatkan daerah Seremban, Negeri Sembilan.
  • Kes dikesan positif pada 9 Januari hasil saringan individu bergejala.
  • Seramai 237 individu disaring, 63 didapati positif

Related posts

Leave a Comment