1,169 kes harian di Filipina

MANILA 28 Jan. – Jabatan Kesihatan Filipina (DoH) setakat pukul 4 petang ini menunjukkan penurunan kes harian jangkitan, kematian dan sembuh berbanding semalam.

Menurut DoH, kes baharu Covid-19 yang direkodkan hari ini adalah 1,169 berbanding 2,245 kes semalam yang menjadikan jumlah kumulatif setakat ini 519,575.

Sebanyak 71 lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia berbanding 95 kematian semalam dan ini membawa kepada 10,552 kematian.

Kes sembuh pula mencatatkan 60 kes berbanding 140 semalam dan dengan perkembangan ini menjadikan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 475,596.

Related posts

Leave a Comment