4 094 kes baharu

PUTRAJAYA 28 Jan. – Selepas empat hari berturut-turut merekodkan kes jangkitan kurang daripada 4,000, hari ini bilangan kes baharu Covid-19 mencecah 4,094 kes menjadikan jumlah kumulatif 198,208.

Ketua Pengarah Kesihatan  Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan di sini hari ini berkata, sebanyak 43,192 adalah kes aktif dan 303 orang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 118 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata daripada kes baharu yang dicatat hari ini, 4,086 adalah kes tempatan dengan 3,328 warganegara dan 758 bukan warganegara, manakala lapan kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan dua warganegara dan enam bukan warganegara.

Sebanyak 27 kes (0.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Mempaga (11 kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (5 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (4 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (2 kes), Kluster DTI Sepang 2 (2 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (2 kes), dan Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini dilaporkan masing-masing tiga (3) kes di Selangor dan Sabah, dua (2) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan masing-masing satu (1) kes di Kedah dan Sarawak. Sebanyak sembilan (9) kes melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara.

Dr Noor Hisham berkata sejumlah 3,281 kes sembuh dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sembuh daripada Covid-19 ialah 154,299 orang.

Related posts

Leave a Comment