9 kluster baharu, 372 aktif

KEMENTERIAN Kesihatan memaklumkan terdapat sembilan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, 28 Januari yang melibatkan lima kluster berkaitan tempat kerja, tiga kluster komuniti, dan satu kluster yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 28 Januari 2021;

• Jumlah kluster : 779 kluster;

• Jumlah kluster baharu : 9 kluster;

• Jumlah kluster yang telah tamat : 407 kluster (termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Putra 15, Kluster Batu Besar, dan Kluster Kupi-Kupi);

• Jumlah kluster aktif : 372 kluster;

• Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 89 kluster; dan

• Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Hentian iaitu sebanyak 88 kes, Kluster Pasai sebanyak 73 kes, dan masing masing 45 kes bagi  Kluster Jalan Faizal dan Kluster Jalan Playar.

Related posts

Leave a Comment