SINGAPURA 29 Jan – Genap seminggu, Singapura terus merekodkan kes positif Covid-19 tanpa jangkitan tempatan sebaliknya mencatatkan 24 kes import. Setakat pukul 12 tengah hari ini semua kes sudah diberikan notis jangan keluar rumah atau diasingkan sebaik mereka tiba di sini. Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes di Singapura meningkat kepada 59,449 dengan kematian kekal 29. Semalam sebanyak 34 kes dilaporkan termasuk tiga lelaki rakyat Malaysia, pemegang permit kerja.
Read MoreMonth: January 2021
PM Singapura terima dos kedua
SINGAPURA 29 Jan. – Perdana Menteri Lee Hsien Loong menerima dos kedua vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech, di Hospital Besar Singapura, hari ini. Lee memaklumkan perkara itu menerusi laman Facebooknya dengan memuat naik video beliau diberikan suntikan berkenaan. “Sama seperti suntikan pertama dulu, ia cepat dan tidak menyakitkan. Doktor memantau keadaan saya selama 30 minit sebagai langkah berjaga-jaga selepas itu. Sukacita untuk berkongsi bahawa saya berasa sihat,” katanya. Beliau menerima suntikan pertama dos Covid-19 Pfizer-BioNTech, pada 8 Januari lepas. Menurut Lee, Singapura sedang mempergiatkan program vaksin dengan membuka lebih banyak pusat vaksinasi.…
Read MoreThailand terus kaji ‘hempedu bumi’
THAILAND akan terus mengkaji keberkesanan ekstrak herba tempatan, fah talai jone (Andrographis Paniculata) atau hempedu bumi selepas terbukti berkesan memulihkan keadaan pesakit Covid-19 semasa ujian klinikal. Ketua Pengarah Jabatan Perubatan Tradisional dan Alternatif Thailand (DTAM), Dr Amporn Benjapholpitak berkata kajian rintis yang dijalankan mengenai penggunaan ekstrak fah talai jone bagi merawat pesakit, yang diuji positif Covid-19 dalam tempoh 72 jam menunjukkan keputusan yang memberangsangkan. Beliau berkata kajian yang dijalankan oleh DTAM, Fakulti Perubatan Hospital Siriraj, Institut Penyelidikan Chulabhorn, Jabatan Sains Perubatan, Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan di Hospital Samut Prakan menunjukkan keadaan pesakit bertambah baik pada hari ketiga selepas mengambil 180 miligram…
Read MoreMohon keampunan…
Media Hari Ini 29.01.2021
Peningkatan kes di Arab Saudi
RIYADH 28 Jan. – Selepas menunjukkan penurunan kes harian sehingga di bawah 100 kes, Arab Saudi mula menunjukkan peningkatan kes jangkitan apabila merekodkan 253 kes baharu dalam tempoh 24 jam. Jumlah keseluruhan kes kini mencecah kepada 367,276 dengan kematian pula meningkat kepada 6,366 termasuk tiga kematian yang direkodkan hari ini. Pada masa yang sama 208 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 358,753 atau 97.67 kes. Riyadh merekodkan 85 kes jangkitan diikuti wilayah Timur 66 kes dan Makkah 50.
Read MoreCarta kes Covid-19 ASEAN
Petikan FB The ASEAN Post
Read MoreVietnam akhiri dua bulan sifar kes
VIETNAM yang disenaraikan salah sebuah negara terbaik mengurus pandemik Covid-19 diingatkan supaya bersiap sedia mendepani 30,000 kes baharu. Hari ini selepas dua bulan sifar kes penularan Covid-19 dalam komuniti, sebanyak 83 kes positif tempatan dikesan di wilayah Hai Duong dan Quang Ninh, utara Vietnam. Ketua Jawatankuasa Covid-19, Vu Duc Dam yang juga Timbalan Perdana Menteri mengumumkan perkara itu seperti dilaporkan media tempatan. Daripada 83 kes positif itu, 72 merupakan kakitangan di syarikat Vietnam Poyun Electronics Co. Ltd. di Hai Duong manakala baki kes dipercayai dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Van…
Read MoreSingapura 6 hari tanpa kes tempatan
SINGAPURA 28 Jan. – Buat hari keenam berturut-turut tiada kes baharu Covid-19 dalam kalangan masyarakat Singapura sebaliknya merekodkan 34 kes import setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 59,425 kes. Menurut Kementerian Kesihatan kesemua kes import itu sudah diberikan notis jangan keluar rumah atau diasingkan sebaik mereka tiba di sini. Tiga lelaki rakyat Malaysia adalah antara 32 kes import asimptomatik yang disahkan dan mereka merupakan pemegang permit kerja yang tiba di Singapura dari negara asal. Dua lagi kes bergejala. Seorang wanita pemastautin Singapura berumur 29 tahun yang baru kembali…
Read MoreBayi 10 bulan kes import di Brunei
EMPAT lagi kes import Covid-19 termasuk seorang bayi lelaki berusia 10 bulan direkodkan di Brunei Darussalam hari ini, 28 Januari 2021 menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sebanyak 180. Kes 177 (bayi) itu tiba dari India pada 15 Januari lalu dengan Penerbangan Diraja Brunei BI4112 manakala kes 178, wanita berusia 26 tahun yang juga ibu saudara bayi berkenaan yang tiba dengan penerbangan yang sama. Menteri Kesihatan Dr. Awang Md. Isham Jaafar berkata, kes 179 pula melibatkan seorang lelaki berusia 28 tahun yang tiba dari Indonesia melalui Singapura pada 15 Januari dengan penerbangan…
Read More