756 kes baharu di Thailand

BANGKOK 28 Jan. – Thailand merekodkan 756 kes baharu sepanjang tempoh 24 jam yang lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara itu 16,221 dengan kematian kekal 76.

Menurut Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan,  10 lagi adalah kes import.

Daripada 756 kes baharu itu, 746 adalah jangkitan tempatan – 724 melalui pengesanan kes aktif  termasuk 710 pekerja migran dan 14 warga Thailand manakala 22 kes pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital.

Penularan wabak terbaru di negara ini sejak pertengahan Disember merebak ke 63 wilayah. Bagaimanapun, 47 wilayah tiada kes baharu dalam tempoh tujuh hari yang lalu.

Dalam taklimat media, beliau memaklumkan,  Samut Sakhon, wilayah di mana wabak itu bermula pada pertengahan Disember mencatatkan 8,080 kes.

Sepuluh kes import yang dikuarantin sejurus mereka tiba di negara ini adalah dari

Portugal (1), Rusia(2), Indonesia (1), Qatar (1) dan Amerika Syarikat (5).

Sebanyak 11,287 (69.5%) pesakit dilaporkan sembuh termasuk 233 yang pulih hari ini manakala 4,858 masih menjalani rawatan.

Related posts

Leave a Comment