SINGAPURA 29 Jan – Genap seminggu, Singapura terus merekodkan kes positif Covid-19 tanpa jangkitan tempatan sebaliknya mencatatkan 24 kes import.
Setakat pukul 12 tengah hari ini semua kes sudah diberikan notis jangan keluar rumah atau diasingkan sebaik mereka tiba di sini.
Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes di Singapura meningkat kepada 59,449 dengan kematian kekal 29.
Semalam sebanyak 34 kes dilaporkan termasuk tiga lelaki rakyat Malaysia, pemegang permit kerja.
