PM Singapura terima dos kedua

SINGAPURA 29 Jan. – Perdana Menteri Lee Hsien Loong menerima dos kedua vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech, di Hospital Besar Singapura, hari ini.

Lee memaklumkan perkara itu menerusi laman Facebooknya dengan memuat naik video beliau diberikan suntikan berkenaan.

“Sama seperti suntikan pertama dulu, ia cepat dan tidak menyakitkan. Doktor memantau keadaan saya selama 30 minit sebagai langkah berjaga-jaga selepas itu. Sukacita untuk berkongsi bahawa saya berasa sihat,” katanya.

Beliau menerima suntikan pertama dos Covid-19 Pfizer-BioNTech, pada 8 Januari lepas.

Menurut Lee, Singapura sedang mempergiatkan program vaksin dengan membuka lebih banyak pusat vaksinasi.

“Dapatkan vaksinasi anda apabila tiba giliran anda. Vaksinasi ini akan melindungi bukan hanya diri anda, malah keluarga, rakan dan semua orang yang mempunyai kontak dengan anda,” nasihat Lee.

Setakat 27 Januari, Kementerian Kesihatan republik itu memaklumkan lebih 113,000 individu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Related posts

Leave a Comment