Peningkatan kes di Arab Saudi

RIYADH 28 Jan. – Selepas menunjukkan penurunan kes harian sehingga di bawah 100 kes, Arab Saudi mula menunjukkan peningkatan kes jangkitan apabila merekodkan 253 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan kes kini mencecah kepada 367,276 dengan kematian pula meningkat kepada 6,366 termasuk tiga kematian yang direkodkan hari ini.

Pada masa yang sama 208 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 358,753 atau 97.67 kes.

Riyadh merekodkan 85 kes jangkitan diikuti wilayah Timur 66 kes dan Makkah 50.

Related posts

Leave a Comment