SEBANYAK 12 kluster baharu dikenal pasti pada hari ini, 22 Januari 2021 yang melibatkan tujuh kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster komuniti, dua kluster yang melibatkan kumpulan berisiko dan satu kluster tahanan. Ringkasan kluster : Jumlah kluster : 713 Jumlah kluster baharu : 12 Jumlah kluster yang telah tamat : 378 kluster (termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Haruan, Kluster Tapak Bina Rimbun, Kluster Tapak Bina Pasifik, dan Kluster Tapak Bina Cendana); Jumlah kluster aktif : 335 kluster; Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu…
Read MoreMonth: January 2021
Selangor masih mendahului kes
SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 782 kes (21.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 574 kes (73.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 466 kes (12.8 peratus), dan Sabah sebanyak 453 kes (12.5 peratus).
Read More3,631 kes baharu, 18 kematian
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan status terkini kes Covid-19 di Malaysia sehingga 22 Januari 2021 (jam 12:00 tengah hari); Kes sembuh : 2,554 kes (132,706 kes kumulatif, 75.3%); Kes baharu : 3,631 kes (176,180 kes kumulatif); Kes import : 6 kes (2 warganegara dan 4 bukan warganegara); Kes tempatan : 3,625 kes [2,982 warganegara (82.3%); 643 bukan warganegara (17.7%)]; Kes aktif : 42,814 kes; Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 251 kes; Kes memerlukan bantuan pernafasan : 102 kes; dan Kes kematian : 18 kes (660 kes kumulatif , 0.38…
Read MoreGuna pelitup perubatan bukan kain
PARIS: Perancis menyarankan penduduk memakai pelitup perubatan di tempat-tempat awam bagi mengekang penularan Covid-19 kerana ia memberikan perlindungan lebih baik berbanding pelitup yang diperbuat daripada kain. Menteri Kesihatan Olivier Veran berkata, Perancis sudahpun mewajibkan pelitup dipakai di tempat-tempat awam tetapi masih belum memberikan saranan tentang jenis pelitup yang harus dipakai. Pihak berkuasa Perancis bimbang mereka boleh dilanda penularan koronavirus jenis-jenis baru yang lebih mudah berjangkit. “Saranan yang saya berikan kepada penduduk Perancis adalah supaya jangan lagi menggunakan pelitup kain,” kata Veran kepada stesen penyiaran Perancis TF1. Beliau juga berkata sekatan-sekatan…
Read MorePKPD blok tahanan Imigresen
KUALA LUMPUR 22 Jan. – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Blok Tahanan dan Kuarters Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Johor bermula 23 Januari sehingga 5 Februari depan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. “Sehingga 21 Januari 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 360 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 177 kes positif Covid-19 telah direkodkan. “Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, sidang khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Blok Tahanan dan Kuarters Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas,…
Read MoreVaksin sebagai ikhtiar
KUALA LUMPUR 22 Jan. – Hukum penggunaan vaksin Covid-19 dalam kalangan umat Islam di negara inj adalah selaras dengan pandangan tokoh-tokoh ilmuwan Islam dan institusi-institusi fatwa dunia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau turut mengambil inisiatif menulis surat kepada tokoh ilmuwan Islam dunia, bagi mendapatkan pandangan peribadi mereka dalam hal berkenaan. Mereka termasuk Syeikh al-Azhar Syeikh Dr Ahmad al-Tayyib; Pengerusi Majlis Fatwa Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu Syeikh Abdullah Ben Bayyah; dan anggota Majma’ Fuqaha’ al-Shari’ah Amerika Syarikat Syeikh Dr Muhammad al-Zuhaily. “Semuanya menjurus kepada perlunya vaksin…
Read MoreBrunei catat kes import UK
SATU lagi kes import Covid-19 kali ini dari United Kingdom dilaporkan di Brunei Darussalam hari ini, Jumaat 22 Januari menjadikan jumlah kes jangkitan 175. Kes melibatkan seorang lelaki berumur 50 tahun, yang tiba dari United Kingdom pada 8 Januari lalu melalui Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan BI874. Menteri Kesihatan Dr. Awang Md. Isham Jaafar berkata, lelaki itu hanya mengalami sakit tekak pada 20 Januari dan ketika ini tidak mempunyai sebarang tanda-tanda jangkitan. Beliau kini berada di Pusat Pengasingan Kebangsaan untuk pemantauan serta rawatan dan ketika ini tiada kontak rapat. “Dengan…
Read MoreIklan…jawi
Iklan dapur gas, jenama popular suatu masa dulu. Disiarkan di Utusan Melayu pada 9 Julai 1987
Read MoreDoa pada hari Jumaat
Keluhan norma baharu
PELBAGAI cerita, semuanya keluhan mengenai norma baharu persekolahan iaitu sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR). Di bandar dan desa masing-masing ada masalahnya. Begitulah sesuatu yang baharu dan tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Read More