335 kluster aktif, 12 kluster baharu

SEBANYAK 12 kluster baharu dikenal pasti pada hari ini, 22 Januari 2021 yang melibatkan tujuh kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster komuniti, dua kluster yang melibatkan kumpulan berisiko dan satu kluster tahanan.

Ringkasan kluster :

  • Jumlah kluster : 713
  • Jumlah kluster baharu : 12
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 378 kluster (termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Haruan, Kluster Tapak Bina Rimbun, Kluster Tapak Bina Pasifik, dan Kluster Tapak Bina Cendana);
  • Jumlah kluster aktif : 335 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 86 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Pasai (112 kes), Kluster Tapak Bina Muda (93 kes), dan Kluster Seri Bayu (81 kes).

Related posts

Leave a Comment