Guna pelitup perubatan bukan kain

PARIS: Perancis menyarankan penduduk memakai pelitup perubatan di tempat-tempat awam bagi mengekang penularan Covid-19 kerana ia memberikan perlindungan lebih baik berbanding pelitup yang diperbuat daripada kain.

Menteri Kesihatan Olivier Veran berkata, Perancis sudahpun mewajibkan pelitup dipakai di tempat-tempat awam tetapi masih belum memberikan saranan tentang jenis pelitup yang harus dipakai.

Pihak berkuasa Perancis bimbang mereka boleh dilanda penularan koronavirus jenis-jenis baru yang lebih mudah berjangkit.

“Saranan yang saya berikan kepada penduduk Perancis adalah supaya jangan lagi menggunakan pelitup kain,” kata Veran kepada stesen penyiaran Perancis TF1.

Beliau juga berkata sekatan-sekatan yang dilaksanakan di pusat-pusat peranginan luncur salji – iaitu tapak penularan utama virus pada awal pandemik – tidak mungkin ditarik balik pada bulan depan.

Ini sekali gus bermakna tiada kegiatan meluncur salji semasa cuti sekolah bulan Februari.

Veran berkata pemerintah tidak dapat menolak langkah memperketat sekatan-sekatan koronavirus sekiranya keadaan bertambah buruk.

Related posts

Leave a Comment