Peranan masjid ketika Covid-19

MASJID Ibrahim di timur London menjadi lokasi yang menawarkan khidmat memandikan jenazah dan juga sebagai sebuah bank makanan. Sekumpulan sukarelawan memberikan perkhidmatan itu berikutan keadaan dan pelbagai sekatan Covid-19, yang menyukarkan keluarga mangsa sukar mendapatkan perkhidmatan untuk urusan jenazah. Di Masjid Ibrahim, jenazah dimandikan dan dikafankan para sukarelawan di sebuah ruang khas. Di samping itu, sukarelawan juga menjadikan masjid sebagai bank makanan bagi membantu masyarakat mendapatkan makanan. Makanan-makanan yang disediakan di masjid itu termasuklah susu dan kentang. (Foto FB masjid)

Read More

Kes di Sabah kini 42,406

KOTA KINABALU 24 Jan. – Jumlah kumulatif kes Covid-19 di Sabah meningkat kepada 46,791 dengan pertambahan 431 kes hari ini serta dua kematian baharu di Kalabakan dan Beluran. Menurut Jabatan Kesihatan Negeri, seramai 393 pesakit Covid-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatif 42,406 orang. Seramai 2,794 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 847 orang di hospital, 1,928 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 19 di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 87 orang dan 18 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Sementara…

Read More

8 kluster tempat kerja, 1 pusat tahanan

TERDAPAT sembilan kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini, 24 Januari 2021 yang melibatkan lapan kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster berkaitan pusat tahanan. Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster di Malaysia sehingga 24 Januari 2021; Jumlah kluster : 733 kluster; Jumlah kluster baharu : Sembilan (9) kluster; Jumlah kluster yang telah tamat : 385 kluster (termasuk dua (2) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Semambu dan Kluster Keris Residence); Jumlah kluster aktif : 348 kluster; Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini :…

Read More

Arab Saudi kembali bawah 200 kes

RIYADH 24 Jan. – Arab Saudi mula kembali merekodkan kurang 200 kes jangkitan harian Covid-19 apabila semalam mencatatkan 197 dan hari ini 186 berbanding melebihi 200 kes dalam tempoh empat hari sebelumnya. Ini menjadikan jumlah kes terkumpul sebanyak 366,371 manakala kes aktif 2,080 di mana 331 kritikal. Dalam tempoh empat hari lepas, kes direkodkan adalah 213 (22 Januari), 212 (21 Januari), 238 (20 Januari), 226 (19 Januari) berbanding sebelum itu, lebih sebulan mencatatkan kes kurang 200 kes sehingga kepada 82 kes harian. Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam, dua…

Read More

Indonesia menghampiri 1 juta kes

JAKARTA 24 Jan. – Sebanyak 11,788 kes positif Covid-19 direkodkan Indonesia hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 989,262 dengan 171 kematian yang membawa kepada kumulatif 27,835 kes. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 798,810 termasuk kes pulih yang direkodkan hari ini sebanyak 7,751 orang sementara kes aktif pula 162,617. Jakarta merekodkan kes sembuh tertinggi iaitu 2,328 dengan kumulatifnya 221,300 orang diikuti Jawa Barat 1,767, Jawa Timur 948, Sulawesi Selatan 554, Kalimantan Timur 388 dan Jawa Tengah 27. Bagi kes positif, Jakarta menambah 3,512 kes dengan kumulatifnya mencapai 249,815 kes diikuti Jawa…

Read More

Thailand 198 kes, 1 kematian

BANGKOK 24 Jan. – Thailand merekodkan 198 kes baharu Covid-19 dan satu kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 13,500 dengan 73 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) daripada 198 kes baharu itu, 191 adalah penularan tempatan, termasuk 118 yang melibatkan mereka yang mengunjungi kawasan berisiko tinggi manakala 73 melalui pengesanan kes aktif. Tujuh kes import termasuk seorang lelaki Myanmar dan seorang wanita Thailand yang memasuki Thailand dari Malaysia melalui sempadan selatan manakala lima lagi melalui Lapangan Terbang Suvarnabhumi iaitu dua dari…

Read More

PKPD di Penjara Bentong

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Bentong dan Kuarters Kakitangan bermula 25 Januari sehingga 8 Februari 2021. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD di buat selepas mendapat nasihat dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM). Sebanyak 615 kes positif Covid-19 direkodkan yang melibatkan 574 tahanan, 34 kakitangan serta lima ahli keluarga. KKM turut mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak jangkitan Covid-19 dalam masa singkat dalam kalangan tahanan di penjara ini. Katanya, pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan…

Read More