Indonesia menghampiri 1 juta kes

JAKARTA 24 Jan. – Sebanyak 11,788 kes positif Covid-19 direkodkan Indonesia hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 989,262 dengan 171 kematian yang membawa kepada kumulatif 27,835 kes.

Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 798,810 termasuk kes pulih yang direkodkan hari ini sebanyak 7,751 orang sementara kes aktif pula 162,617.

Jakarta merekodkan kes sembuh tertinggi iaitu 2,328 dengan kumulatifnya 221,300 orang diikuti Jawa Barat 1,767, Jawa Timur 948, Sulawesi Selatan 554, Kalimantan Timur 388 dan Jawa Tengah 27.

Bagi kes positif, Jakarta menambah 3,512 kes dengan kumulatifnya mencapai 249,815 kes diikuti Jawa Barat 2,328, Jawa Tengah 1,515, Jawa Timur 901 dan Kalimantan Timur 432 kes.

Sementara itu bagi kes kematian, Jawa Timur merekodkan 56 kes dengan  kumulatifnya 7,381, Jakarta 39, Lampung 14, Yogyakarta sembilan, Jawa Barat lapan dan Jawa Tengah tiga kes.

Related posts

Leave a Comment