Month: January 2021
Lagi 44 kes import di Singapura
SINGAPURA 25 Jan. – Sekali lagi Singapura melaporkan kes import apabila 44 kes baharu Covid-19 direkodkan setakat tengah hari ini. Semalam, 48 kes import dicatatkan dan dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 59,352. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) kesemua kes tersebut sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di sini. Tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam masyarakat atau di asrama pekerja asing. Sementara itu mulai esok, 26 Januari beberapa langkah diambil bagi membendung penularan wabak itu lebih-lebih lagi menjelang sambutan Tahun Baharu Cina. Antara langkah yang…
Read MoreSetahun menghadapi Covid-19
Wawancara Bernama
Read MorePerjuangan belum berakhir
PUTRAJAYA 25 Jan. – Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan kesedihan beliau dalam menempuhi satu tahun memerangi pandemik Covid-19 di negara ini. Menerusi perkongsian di akaun Twitter miliknya, beliau turut memaklumkan perjuangan ini masih belum berakhir. Walaupun kita berasa penat dan lesu dari segi mental dan fizikal, kita semua perlu terus berjuang. “Semua orang, tidak kira siapa, perlu berganding bahu memikul tanggung jawab ini demi menyelamatkan negara,” ujarnya. Pada masa sama, beliau turut menegaskan agar rakyat Malaysia perlu terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk…
Read MoreKepada Allah kita berserah…
Foto Muslim Pro
Read MorePresiden Mexico positif Covid-19
MEXICO CITY: Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador memaklumkan pada Ahad beliau telah didapati positif Covid-19 dan kini sedang menjalani rawatan. Beliau turut menyatakan keadaannya tidak serius. Negara berkenaan sedang berdepan gelombang kedua pandemik tersebut dan jumlah angka kematian menghampiri 150,000 kes. “Seperti biasa, saya optimistik,” kata Lopez Obrador, 67, yang masih tidak mahu memakai pelitup muka. Dalam muat naik di Facebooknya, Lopez Obrador berkata ketika beliau menjalani rawatan, segala urusan rasmi kerajaan akan dijalankan oleh Menteri Dalam Negeri. Bagaimanapun beliau akan mengadakan pertemuan secara dalam talian bersama Presiden Rusia,…
Read MoreMedia Hari Ini 25.01.2021
Pesawat kecil terhempas
BRASILIA: Sebuah pesawat kecil yang membawa presiden dan empat pemain kelab bola sepak Brazil, Palmas terhempas pagi Ahad (waktu tempatan) di Tocantins. Jurucakap kelab itu dalam satu kenyataan pada Isnin berkata pesawat malang tersebut tiba-tiba terhempas di hujung landasan ketika sedang berlepas. Mereka dalam perjalanan ke Goiania untuk bermain menentang Vila Nova. Mangsa dikenali sebagai presiden Lucas Meira dan pemain Lucas Praxedes, Guilherme Noe, Ranule dan Marcus Molinari, serta juruterbang. Pada November 2016, 76 orang termasuk pemain Kelab Chapecoense Brazil terbunuh selepas sebuah pesawat terhempas dekat Medillin
Read MoreMadinah bandar paling sihat
KOTA suci Madinah di Arab Saudi diakui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai antara bandar paling sihat di dunia. Pengiktirafan itu dibuat selepas sebuah pasukan WHO yang membuat kunjungan menyatakan, ia memenuhi semua piawai global diperlukan untuk menjadi bandar sihat. Madinah dikatakan antara bandar pertama dengan lebih 2 juta penduduk yang diiktiraf di bawah program bandar sihat WHO. Sebanyak 22 agensi kerajaan, masyarakat, badan kebajikan dan sukarelawan membantu menyediakan pentauliahan WHO itu. Program bersepadu bandar itu termasuk perkongsian strategik dengan Universiti Taibah untuk merakamkan keperluan kerajaan pada platform elektronik bagi kajian…
Read MoreSepuluh sekolah ditutup
KUALA TERENGGANU 24 Jan. – Sebanyak 10 buah sekolah rendah di Terengganu ditutup bermula hari ini bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan di sekolah berkenaan. Sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kesom, SK Bukit Petiti, SK Pulau Manis, SK Manir, SK Tengku Ampuan dan Mariam, SK Kedai Buloh, SK Tok Dir, SK Pusat Kuala Ibai, SK Seri Budiman dan SK Gong Tok Nasek. Sekolah berkenaan diarahkan tutup selama tujuh hari bermula hari ini hingga 30 Januari susulan terdapat sejarah perjalanan kes pesakit Covid-19 ke semua sekolah berkenaan. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri…
Read More