PUTRAJAYA 24 Jan. – Malaysia mencatatkan sebanyak 3,346 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini dengan 11 lagi kes kematian. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM), daripada jumlah tersebut 3,339 kes merupakan jangkitan tempatan manakala tujuh lagi membabitkan kes import. Perkembangan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan Covid-19 di Malaysia ketika ini ialah 183, 801 kes dengan kes aktif sebanyak 41,677. Sebanyak 242 kes (7.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara, lokap, dan depot tahanan yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (138 kes), Kluster…
Read MoreMonth: January 2021
Filipina catat 1,949 kes baharu
MANILA 24 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina setakat pukul 4 petang ini merekodkan 1,949 kes baharu Covid-19 berbanding 1,797 kes semalam. Dengan perkembangan ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 513,619 dengan kes aktif pula 27,765. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 53 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada 10,242 kematian. Sementara itu 7,729 pesakit dilaporkan sembuh, satu peningkatan yang ketara berbanding 166 semalam. Ini menjadikan jumlah kes sembuh meningkat kepada 475,612 kes.
Read MoreSingapura catat 48 kes import
SINGAPURA 24 Jan. – Sebanyak 48 kes baharu Covid-19, semuanya kes import direkodkan di Singapura hari ini jumlah import tertinggi setakat ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 59,308 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), tiada kes baharu dalam kalangan masyarakat termasuk di asrama pekerja asing. Semua kes import sudahpun dikenakan notis jangan keluar rumah atau diasingkan sebaik mereka tiba di sini, termasuk empat penduduk tetap Singapura, yang pulang dari India, Indonesia dan Malaysia. Di samping itu terdapat empat pemegang pas tanggungan yang tiba dari Perancis, India dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE)…
Read MoreAktiviti ekonomi tutup sepenuhnya?
JIKA benar aktiviti ekonomi ditutup sepenuhnya sekiranya kes penularan Covid-19 gagal dikawal menjelang 4 Februari, semua pihak perlu berusaha mengelakkan pertambahan kes termasuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Hanya tinggal lebih kurang 10 hari, kes penularan belum menampakkan trend penurunan sebaliknya semakin meningkat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berlangsung sekarang. Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) mengeluarkan amaran dalam surat kepada ahlinya PKP penuh akan dikenakan iaitu dengan menutup hampir kesemua aktiviti ekonomi. PKP itu sama seperti PKP pada peringkat awal yang menyebabkan hampir semua orang…
Read MoreViran baharu lebih bahaya?
BRITAIN: Bukti awal menunjukkan varian baharu Covid-19 yang mula dikesan di Britain dan kini menjadi jenis virus yang paling menular di negara itu, mungkin lebih berbahaya, kata Perdana Menteri Boris Johnson. Beliau bagaimanapun memberi jaminan vaksin Covid-19 sekarang masih lagi berkesan. Antara 1,000 lelaki 60 tahun ke atas di England yang diuji positif Covid-19, varian asal virus itu boleh membunuh 10 pesakitnya manakala varian baharu pula boleh membunuh 13 atau 14 orang. “Saya ingin menekankan bahawa terdapat banyak ketidaktentuan berhubung perangkaan ini dan lebih banyak kajian perlu dilaksanakan bagi…
Read MoreIndonesia mendahului negara ASEAN
INDONESIA merekodkan kes jangkitan Covid-19 tertinggi dalam kalangan negara anggota ASEAN diikuti Filipina dan Malaysia
Read MoreCari isyarat internet untuk PdPR
BAGI membantu anak-anak mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR), seorang guru berusaha menyediakan ‘ruang belajar’ di dalam kebun getah dengan membuat meja dan kerusi menggunakan batang buluh. Jeffery Joseph, 41, seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Buayan memberitahu, sebelum sesi persekolahan, beliau sudah terfikir bagaimana untuk anak-anak mengikuti sesi PdPR dalam keadaan tiada akses Internet. “Saya pun masuk ke kawasan kebun getah sejauh kira-kira 500 meter dari rumah kemudian mendaki bukit untuk mencari lokasi yang boleh mendapat isyarat talian telefon dan Internet. “Sebaik sahaja mendapat kedudukan lokasi yang…
Read MoreMenteri Kesihatan Sri Lanka positif
MENTERI Kesihatan Sri Lanka, Pavithra Wanniarachchi (Foto FB) disahkan positif Covid-19, ahli Parlimen kelima di negara itu dijangkiti virus berkenaan. Beliau sebelum ini dikritik kerana menyokong dan mengamalkan minum sirap herba yang dibuat oleh bomoh, kononnya penawar kepada koronavirus. Seorang pegawai Kementerian Kesihatan pada Sabtu mengesahkan, Pavithra menjadi pegawai tertinggi setakat ini yang dijangkiti virus itu. Beliau dan kontak rapatnya diminta menjalani kuarantin. Sebelum ini doktor menyatakan tidak ada asas saintifik menyokong pengambilan sirap tersebut yang dikatakan mengandungi madu dan buah pala sebagai ubat untuk koronavirus. Disember lalu, ribuan orang…
Read MoreArab Saudi catat 197 kes
RIYADH 23 Jan. – Selepas empat hari merekodkan lebih 200 kes jangkitan harian, Arab Saudi hari ini merekodkan penurunan kepada 197 kes baharu dengan jumlah jangkitan kini 366,185 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, empat lagi pesakit meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 6,350. Pada masa yang sama, sebanyak 203 pesakit sembuh menjadikan jumlah pesakit pulih sebanyak 357,728 orang sementara kes aktif 2,107 di mana 329 kritikal. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 78 diikuti wilayah Timur 43 dan Makkah 36 kes.
Read More