Kes di Sabah kini 42,406

KOTA KINABALU 24 Jan. – Jumlah kumulatif kes Covid-19 di Sabah meningkat kepada 46,791 dengan pertambahan 431 kes hari ini serta dua kematian baharu di Kalabakan dan Beluran.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri, seramai 393 pesakit Covid-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatif 42,406 orang.

Seramai 2,794 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 847 orang di hospital, 1,928 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 19 di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.

Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 87 orang dan 18 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Sementara itu Daerah Telupid bertukar daripada zon kuning ke zon jingga manakala dua kluster baharu dilaporkan iaitu Kluster Ladang Segama dan Kluster Jalan Segama di Lahad Datu.

Daripada 431 kes yang dicatatkan, 308 kes (71.5%) berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 47 kes (10.9%), saringan kluster baharu dan sedia ada 53 kes (12.3%), saringan pelajar masuk asrama tiga kes (0.7%) dan 20 kes (4.6%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital Covid-19 adalah 1,106 unit, di PKRC Awam berjumlah 4,580 unit dan di PTS / penjara kekal 1,100 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 6,786 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 41.17%.

Related posts

Leave a Comment