8 kluster tempat kerja, 1 pusat tahanan

TERDAPAT sembilan kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini, 24 Januari 2021 yang melibatkan lapan kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster berkaitan pusat tahanan.

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster di Malaysia sehingga 24 Januari 2021;

  • Jumlah kluster : 733 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : Sembilan (9) kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 385 kluster (termasuk dua (2) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Semambu dan Kluster Keris Residence);
  • Jumlah kluster aktif : 348 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 69 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (138 kes), Kluster Pasai (136 kes), dan Kluster Tapak Bina Bukit Sebukor (89 kes).

Related posts

Leave a Comment