Peranan masjid ketika Covid-19

MASJID Ibrahim di timur London menjadi lokasi yang menawarkan khidmat memandikan jenazah dan juga sebagai sebuah bank makanan.

Sekumpulan sukarelawan memberikan perkhidmatan itu berikutan keadaan dan pelbagai sekatan Covid-19, yang menyukarkan keluarga mangsa sukar mendapatkan perkhidmatan untuk urusan jenazah.

Di Masjid Ibrahim, jenazah dimandikan dan dikafankan para sukarelawan di sebuah ruang khas.

Di samping itu, sukarelawan juga menjadikan masjid sebagai bank makanan bagi membantu masyarakat mendapatkan makanan.

Makanan-makanan yang disediakan di masjid itu termasuklah susu dan kentang.

(Foto FB masjid)

Related posts

Leave a Comment