Thailand 198 kes, 1 kematian

BANGKOK 24 Jan. – Thailand merekodkan 198 kes baharu Covid-19 dan satu kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 13,500 dengan 73 kematian.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) daripada 198 kes baharu itu, 191 adalah penularan tempatan, termasuk 118 yang melibatkan mereka yang mengunjungi kawasan berisiko tinggi manakala 73 melalui pengesanan kes aktif.

Tujuh kes import termasuk seorang lelaki Myanmar dan seorang wanita Thailand yang memasuki Thailand dari Malaysia melalui sempadan selatan manakala lima

lagi melalui Lapangan Terbang Suvarnabhumi iaitu dua dari Perancis dan masing-masing satu dari Bahrain, Belgium dan Emiriyah Arab Bersatu.

Kes kematian tunggal pula melibatkan wanita warga Thailand berusia 73 tahun yang merupakan kontakĀ  rapat pesakit Covid-19 dalam keluarganya.

Wabak terbaharu di Thailand bermula di pasar makanan laut di Samut Sakhon, sebuah wilayah di selatan Bangkok sejak pertengahan Disember lepas dan hingga kini telah mengakibatkan 9,263 kes dan 12 kematian.

Related posts

Leave a Comment