SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,295 kes (36.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 948 kes (73.2 peratus) adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 610 kes (17.0 peratus), dan Johor sebanyak 516 kes (14.4 peratus).
Read MoreMonth: January 2021
Kematian di Malaysia cecah 700
PUTRAJAYA 26 Jan. – Malaysia merekodkan 11 kematian baharu dua hari berturut-turut akibat pandemik Covid-19 menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 700 orang dalam tempoh setahun. Ketua Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 3,585 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 190,434 kes. Daripada jumlah tersebut, sebanyak dua kes import direkodkan menerima jangkitan dari luar negara manakala selebihnya merupakan penularan tempatan. Dalam satu kenyataan, beliau berkata kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 40,574 kes. Sebanyak 59 kes (1.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan…
Read MoreJumlah kes di Filipina kini 516,166
MANILA 26 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina setakat pukul 4 petang ini merekodkan 1,173 kes tambahan Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 516,166. Pada masa yang sama, 94 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 10,386 kematian atau 2.01 peratus daripada jumlah kes. Kes sembuh pula hanya merekodkan 18 pesakit yang pulih dari jangkitan dan jumlah pesakit pulih setakat ini adalah 475,423 orang atau 92.1 peratus daripada jumlah pesakit. Sementara kes aktif adalah 30,357 atau 5.9 peratus.
Read More959 kes baharu di Thailand
BANGKOK 26 Jan. – Thailand merekodkan 959 kes baharu Covid-19 dan seperti dijangka 914 kes dicatatkan hasil pelaksanaan ujian besar-besaran di Samut Sakhon, wilayah yang mencatatkan penularan sejak pertengahan Disember lepas. Dengan perkembangan ini, jumlah kes yang direkodkan setakat ini adalah sebanyak 14,646 dengan jumlah kematian kekal 75 orang. Daripada 914 kes di Samut Sakhon, 70 melibatkan mereka yang mendapatkan rawatan di hospital, manakala 844 lagi dikesan menerusi pengesanan kes aktif, yang melibatkan 760 pekerja asing dan 84 pekerja tempatan. Sehingga kini sejumlah 6,555 kes Covid-19 dilaporkan di wilayah itu. Sebanyak 22…
Read MoreLagi 14 kes import di Singapura
SINGAPURA 26 Jan. – Sebanyak 14 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 59,366. Menurut laporan awal Kementerian Kesihatan (MoH), kesemua jangkitan adalah kes import yang dikenakan notis jangan keluar rumah setibanya mereka di sini. Tiada jangkitan tempatan dilaporkan termasuk di asrama pekerja asing. Semalam, dua rakyat Malaysia pemegang permit kerja adalah antara 44 kes import yang dilaporkan di Singapura Kes pertama, seorang lelaki berusia 26 tahun tanpa gejala manakala kes kedua seorang wanita berusia 33 tahun yang mempunyai gejala. Seorang lelaki penduduk…
Read MorePeranan wanita era Presiden Joe Biden
WASHINGTON 26 Jan. – Senat Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengesahkan Janet Yellen sebagai wanita pertama dalam sejarah negara dilantik sebagai Setiausaha Perbendaharaan dan anggota Kabinet terbaru. Yellen yang mendapat sokongan majoriti 84-15 itu berikrar untuk menumpukan kepada usaha menghidupkan semula ekonomi Amerika yang dilanda pandemik, “Fokus sekarang adalah menyediakan bantuan dan menolong keluarga mengekalkan kediaman dan makanan di atas meja mereka dan tidak menaikkan cukai,” kata Yellen minggu lalu semasa sidang Senat. “Saya fikir kita harus melalui detik gelap ini sebelum program vaksinasi membolehkan kita kembali jalani kehidupan seperti sebelum ini,” tambahnya. Sebelum ini, Senat telah meluluskan Avril…
Read MorePM Itali cari mandat baharu
ROM 26 Jan. – Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte mengumumkan peletakan jawatannya berkuatkuasa hari ini, dipercayai dalam usaha untuk menubuhkan kerajaan baharu selepas pergolakan politik selama berminggu-minggu. Pejabat Perdana Menteri mengesahkan Conte mengadakan mesyuarat Kabinet dan memberitahu barisan menterinya mengenai hasrat untuk berkunjung Pejabat Presiden, Sergio Mattarella bagi menyampaikan rancangan peletakan jawatannya itu Beliau seterusnya dijangka akan mendapatkan mandat baharu bagi membentuk kerajaan dalam mentadbir Itali Gabungan pakatan yang mentadbir Itali sebelum ini berdepan perpecahan sejak bekas Perdana Menteri, Matteo Renzi meninggalkan partinya, Italia Viva pada 13 Januari lalu. Conte…
Read MoreNew Zealand tutup sempadan sepanjang tahun?
WELLINGTON: Perdana Menteri Jacinda Ardern memberi bayangan sempadan New Zealand akan terus ditutup, sepanjang tahun ini, ketika pegawai kesihatan masih menilai pengagihan vaksin Covid-19, pada peringkat global. Ardern berkata, pengesanan kes positif hujung minggu lalu yang menjadi kes pertama penularan dalam komuniti dalam tempoh dua bulan, menunjukkan Covid-19 masih menjadi ancaman kepada negara. Beliau berkata, kerajaannya tidak akan membuka pintu sempadan yang ditutup sejak Mac tahun lalu, ketika pandemik menular di seluruh dunia. “Melihat kepada risiko di sekeliling kita dan ketidaktentuan pengagihan vaksin, kita boleh menjangka, ia akan memberi kesan…
Read MoreKes global cecah 100 juta minggu ini
GENEVA : Jumlah kes positif Covid-19 di seluruh dunia dijangka melepasi angka 100 juta minggu ini, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus. Katanya, setahun yang lalu, kurang 1,500 kes dilaporkan kepada agensi itu, termasuk hanya 23 kes di luar China. “Minggu ini, kami menjangkakan akan mencapai 100 juta kes,” katanya pada sidang taklimat media WHO pada Isnin, 25 Januari (waktu Geneva). Perangkaan seperti ini boleh membuat kita berasa gerun: setiap kematian melibatkan ibu bapa seseorang, pasangan seseorang, anak seseorang, teman seseorang. “Vaksin memberi kita harapan,…
Read More