Kematian di Malaysia cecah 700

PUTRAJAYA 26 Jan. – Malaysia merekodkan 11 kematian baharu dua hari berturut-turut akibat pandemik Covid-19 menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 700 orang dalam tempoh setahun.

Ketua Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 3,585 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 190,434 kes.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak dua kes import direkodkan menerima jangkitan dari luar negara manakala selebihnya merupakan penularan tempatan.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 40,574 kes.

Sebanyak 59 kes (1.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (24 kes), Kluster Tembok Renggam (12 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (7 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (6 kes), Kluster Tembok Kemus (4 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), Kluster Tembok Taiping (1 kes), Kluster Tembok Mempaga (1 kes), dan Kluster Telok Mas (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat kes dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tiga kes dari Sarawak, dan masing-masing satu kes dari Perak, Johor, Selangor danĀ  Pulau Pinang.

Sebanyak 10 kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara.

Sehingga kini juga, seramai 280 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah berkenaan, 111 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, jumlah kes sembuh pula terus mencatat peningkatan dengan jumlah mereka yang dilaporkan pulih ialah 4,076 orang menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 149,160 kes.

Related posts

Leave a Comment