Lagi 14 kes import di Singapura

SINGAPURA 26 Jan. –  Sebanyak 14 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 59,366.

Menurut laporan awal Kementerian Kesihatan (MoH), kesemua jangkitan adalah kes import yang dikenakan notis jangan keluar rumah setibanya mereka di sini.

Tiada jangkitan tempatan dilaporkan termasuk di asrama pekerja asing.

Semalam, dua rakyat Malaysia pemegang permit kerja adalah antara 44 kes import yang dilaporkan di Singapura

Kes pertama,  seorang lelaki berusia 26 tahun tanpa gejala manakala kes kedua  seorang wanita berusia 33 tahun yang mempunyai gejala.

Seorang lelaki penduduk tetap Singapura berusia 60 tahun yang pulang dari Malaysia juga antara kes import tidak bergejala di sini.

Beliau dikaitkan dengan kes yang dilaporkan pada 22 Januari , seorang lelaki warga Singapura berusia 61 tahun yang pulang dari Malaysia juga.

Kes-kes lain yang diimport adalah dari Bangladesh, Perancis, India, Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Poland, Rusia, Sepanyol, Belanda, Emiriah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Related posts

Leave a Comment