JUMLAH kes global Covid-19 kini mencecah 100 juta apabila data Johns Hopkins University menunjukkan catatan 100,201,258 setakat pukul 8.10 pagi ini, 27 Januari 2021. Kes kematian pula mencecah 2,154,530 di mana Amerika Syarikat (AS) mendahului angka jangkitan dan kematian iaitu 25,424,174 kes dan 424,690 orang meninggal dunia. Ini disusuli India yang merekodkan 10,676,838 dengan 153,587 kematian (kedudukan ketiga) dan Brazil 8,933,356 kes dan 218,878 kematian, kedua tertinggi selepas AS. Tiga negara merekodkan lebih tiga juta kes iaitu Rusia 3,716,228, United Kingdom 3,700,235 dan Perancis 3,138,449. Sepanyol merekodkan 2,629,817 kes, Itali 2,485,956, Turki…
Read MoreMonth: January 2021
Media Hari Ini 27.01.2021
Trump buka Pejabat Bekas Presiden
FLORIDA: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan penubuhan Pejabat Bekas Presiden US, yang akan dikendalikan oleh staf beliau sewaktu di White House. Dalam satu kenyataan menerusi e-mel kepada agensi berita antarabangsa, Trump mengumumkan pejabat tersebut terletak di Palm Beach County, Florida. Kenyataan itu memaklumkan pejabat tersebut akan mengambil tanggungjawab dalam mengelola sebarang kenyataan Trump, penampilan awam, serta aktiviti rasmi demi memperjuangkan kepentingan AS. Selain itu ia juga akan meneruskan agenda Pentadbiran Trump yang telah banyak dihentikan oleh Presiden AS yang baharu iaitu Joe Biden, termasuk advokasi, dan aktiviti…
Read More223 kes baharu di Arab Saudi
RIYADH 26 Jan. – Arab Saudi merekodkan 223 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah kumulatif 366,807 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, empat lagi kematian dicatatkan dan ini membawa kepada 6,359 pesakit yang meninggal dunia setakat ini. Pada masa yang sama, 203 pesakit dilaporkan sembuh dan ini meningkatkan jumlah pesakit pulih setakat ini sebanyak 358,340 atau 97.69 peratus daripada kes. Kes aktif pula sebanyak 2,108 di mana 338 pesakit kritikal. Daripada jumlah kes harian itu, Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 78 kes diikuti wilayah Timur 45 dan…
Read MoreSolat Jumaat 45 jemaah di P.Pinang
PULAU Pinang membenarkan semua masjid dan surau di negeri itu melakukan solat fardu dengan maksimum 15 jemaah manakala solat Jumaat pula boleh disertai 12 hingga 45 jemaah berusia 15 hingga 70 tahun, termasuk jawatankuasa kariah, pegawai masjid dan siak. Bagaimanapun kebenaran yang berkuat kuasa mulai 27 Januari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) itu tidak meliputi aktiviti sosial, tazkirah, kuliah atau pengimarahan secara bersemuka. Menurut pekeliling Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Mohd Zakuan Zakaria hari ini, keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat…
Read MoreMaro : Kuarantin Highland
judi ada mabuk ada #covid
Read MoreIndonesia melepasi satu juta kes Covid-19
JAKARTA 26 Jan. – Jangkitan Covid-19 di Indonesia hari ini melepasi angka satu juta kes, dengan merekodkan 1,012,350 selepas kes harian baharu terus menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 13,094 dengan kes aktif pula 163,526. Bagaimanapun 81 peratus atau 820,356 pesakit yang dijangkiti virus itu telah sembuh termasuk 10,868 orang yang sembuh dalam tempoh 24 jam, 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini. Jumlah keseluruhan kematian sejak kes pertama dikesan pada 2 Mac 2020 turut menunjukkan peningkatan iaitu 28,468 orang dengan 336 lagi meninggal dunia dalam tempoh 24 jam. Bagi…
Read MoreKelonggaran suami isteri ‘PJJ’
KUALA LUMPUR 26 Jan. – Kerajaan memberi kelonggaran kepada pasangan suami isteri jarak jauh atau ‘PJJ’ untuk melakukan perjalanan rentas negeri bermula esok, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanapun mereka perlu mendapatkan surat kebenaran dan kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di balai berdekatan sebelum perjalanan. “Walau bagaimanapun, bagi pasangan yang bergejala, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan terlebih dahulu sebelum bergerak pulang,” katanya dalam sidang media di sini. Ismail Sabri berkata, kerajaan juga akan mempertimbangkan permohonan untuk membuka beberapa lagi sektor ekonomi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.…
Read More2.8 juta berisiko hilang kerja
KUALA LUMPUR 26 Jan. – Sebanyak 2.8 juta individu berdepan risiko kehilangan pekerjaan jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dilaksanakan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Katanya, kumpulan berpendapatan rendah (B40) juga akan kehilangan pendapatan bulanan dengan purata RM2,400 sebulan membabitkan RM6.45 bilion kesan pelaksaan PKP penuh. “Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sejak pelaksaan PKP pada Oktober 2020, sebanyak 13,445 syarikat telah menutup operasi dan ini menyebabkan banyak pihak telah kehilangan pekerjaan. “Oleh itu, kerajaan akan mengumumkan perkara ini sebelum 4 Februari depan dan perbincangan dengan semua pihak…
Read MoreTujuh kluster baharu
TUJUH kluster baharu dilaporkan hari ini melibatkan tiga kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster komuniti, satu kluster keagamaan dan satu kluster melibatkan pusat tahanan. Jumlah kes baharu dalam kesemua kluster adalah; 106. Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 26 Januari 2021; Jumlah kluster : 753 kluster; Jumlah kluster baharu : 7 kluster; Jumlah kluster yang telah tamat : 397 kluster (termasuk dua (2) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Teguli dan Kluster Desa Pinang); Jumlah kluster aktif : 356 kluster; Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu…
Read More