Kes global cecah 100 juta minggu ini

GENEVA : Jumlah kes positif Covid-19 di seluruh dunia dijangka melepasi angka 100 juta minggu ini, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Katanya, setahun yang lalu, kurang 1,500 kes dilaporkan kepada agensi itu, termasuk hanya 23 kes di luar China.

“Minggu ini, kami menjangkakan akan mencapai 100 juta kes,” katanya pada sidang taklimat media WHO pada Isnin, 25 Januari (waktu Geneva).

Perangkaan seperti ini boleh membuat kita berasa gerun: setiap kematian melibatkan ibu bapa seseorang, pasangan seseorang, anak seseorang, teman seseorang.

“Vaksin memberi kita harapan, itulah sebabnya setiap kehidupan yang kita lalui sekarang lebih tragik. Kita harus berhati-hati, menaruh harapan dan mengambil tindakan,” katanya.

Beliau menggesa orang ramai supaya terus mematuhi peraturan penjarakan fizikal, mencuci tangan, menghindari kumpulan orang ramai dan memakai pelitup sambil menunggu giliran untuk mendapatkan vaksin. 

Katanya, orang ramai perlu melakukan tanggungjawab ini untuk diri sendiri dan orang lain.

“Saya telah meminta agar vaksinasi pekerja kesihatan dan orang tua dilakukan di semua negara dalam tempoh 100 hari pertama tahun ini,” katanya sambil menegaskan banyak lagi yang boleh dilakukan bagi menyekat penularan.

Beliau juga memetik dua laporan terbaharu yang menunjukkan bahawa tanpa akses yang saksama terhadap vaksin Covid-19, dunia bukan sahaja berdepan dengan satu bencana kegagalan moral tetapi juga kegagalan ekonomi.

Berdasarkan laporan baharu daripada Organisasi Tenaga Kerja Antarabangsa yang menganalisis kesan pandemik terhadap pasaran tenaga kerja global, sekitar 8.8 peratus daripada waktu kerja global hilang pada 2020 sekali gus mengakibatkan penurunan pendapatan buruh global yang bersamaan dengan AS$3.7 trilion.

Laporan berkenaan juga menjangkakan bahawa kebanyakan negara akan pulih pada separuh kedua tahun 2021, bergantung kepada pelancaran vaksinasi.

Ia juga mengesyorkan sokongan antarabangsa dan pelancaran vaksinasi di negara berpendapatan rendah dan sederhana selain membantu mempromosikan pemulihan ekonomi dan pekerjaan.

Laporan kedua yang dilakukan Chamber of Commerce Research Foundation, mendapati nasionalisme vaksin boleh menelan belanja ekonomi global sehingga AS$9.2 trilion, iaitu hampir separuh daripadanya (sekitar AS$4.5 trilion) akan ditanggung ekonomi negara yang terkaya.

Bagaimanapun, jurang pembiayaan untuk program Access to Covid-19 Tools Accelerator yang dipimpin WHO ialah AS$26 bilion tahun ini.

Beliau menambah, sekiranya ACT Accelerator dibiayai sepenuhnya, ia akan memberikan pulangan sebanyak AS$166 bagi setiap dollar yang dilaburkan.

“Nasionalisme vaksin mungkin memenuhi matlamat pendek politik.

“Namun, ia memanfaatkan ekonomi jangka sederhana dan panjang setiap negara untuk menyokong ekuiti vaksin,” katanya.

Related posts

Leave a Comment