Jumlah kes di Filipina kini 516,166

MANILA 26 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina setakat pukul 4 petang ini merekodkan 1,173 kes tambahan Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 516,166.

Pada masa yang sama, 94 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 10,386 kematian atau 2.01 peratus daripada jumlah kes.

Kes sembuh pula hanya merekodkan 18 pesakit yang pulih dari jangkitan dan jumlah pesakit pulih setakat ini adalah 475,423 orang atau 92.1 peratus daripada jumlah pesakit.

Sementara kes aktif adalah 30,357 atau 5.9 peratus.

Related posts

Leave a Comment