PM Itali cari mandat baharu

ROM 26 Jan. – Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte mengumumkan peletakan jawatannya berkuatkuasa hari ini, dipercayai dalam usaha untuk menubuhkan kerajaan baharu selepas pergolakan politik selama berminggu-minggu.

Pejabat Perdana Menteri mengesahkan Conte mengadakan mesyuarat Kabinet dan memberitahu barisan menterinya mengenai hasrat untuk berkunjung Pejabat Presiden, Sergio Mattarella bagi menyampaikan rancangan peletakan jawatannya itu

Beliau seterusnya dijangka akan mendapatkan mandat baharu bagi membentuk kerajaan dalam mentadbir Itali

Gabungan pakatan yang mentadbir Itali sebelum ini berdepan perpecahan sejak bekas Perdana Menteri, Matteo Renzi meninggalkan partinya, Italia Viva pada 13 Januari lalu.

Conte ‘bertahan’ dengan undi percaya di Parlimen minggu lalu tetapi gagal mendapatkan majoriti di Senat, sekali gus menyebabkan kerajaan yang dibinanya adalah lemah.

Peletakan jawatannya dilakukan menjelang pemilihan utama reformasi kehakiman akhir minggu ini, di mana penganalisis berpendapat kerajaan berisiko berdepan kekalahan.

Tidak lama selepas pengumuman itu, parti terbesar di Parlimen, Five Star Movement (M5S), mengumumkan pendirian mereka untuk menyokong Conte.

“Kami kekal berpihak kepada Conte,” kata pemimpin parti, Davide Crippa dan Ettore Licheri melalui kenyataan.

Menurut kenyataan itu “Kami berdiri di sisi Giuseppe Conte, kami akan terus memupuk kepentingan rakyat secara eksklusif, kami bertujuan untuk keluar secepat mungkin daripada situasi yang tidak menentu ini yang tidak membantu,”

Itali kini sedang berperang dengan pandemik Covid-19 yang sehingga kini lebih 85,000 penduduknya terkorban akibat sekali gus melumpuhkan ekonomi negara itu.

Related posts

Leave a Comment