RIYADH 30 Jan. – Jika semalam 267 kes direkodkan, hari ini kes baharu Covid-19 di Arab Saudi meningkat tiga kes menjadikan 270 kes dan kumulatif 367,813. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian pula empat orang berbanding dua semalam menjadikan jumlah kumulatif 6,372 orang meninggal dunia. Pada masa yang sama sebanyak 293 kes sembuh direkodkan dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes 359,299 atau 97.67 peratus. Kes aktif pula 2,142 di mana 352 kritikal. Riyadh merekodkan 105 kes disusuli wilayah Timur 66 dan Makkah 40.
Read MoreDay: January 30, 2021
Kes jangkitan Indonesia 14,518
JAKARTA 30 Jan. – Kes sembuh di Indonesia 10,242 tetapi jangkitan baharu 14,518. Angka sembuh menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 10,138 semalam dan kes jangkitan juga meningkat berbanding 13,802 semalam. Dengan perkembangan ini jumlah kes sembuh meningkat kepada 862,502 orang dan kes positif pula mencecah 1.066.313 manakala 5.058.977 lagi negatif termasuk 26,111 kes terbaharu. Jawa Barat merekodkan kes positif yang tinggi iaitu 4,601 kes dengan kumulatifnya 147,488 diikuti Jakarta 3,491 dengan kumulatif 266,244 sementara Jawa Tengah 1,237, Jawa Timur 830 dan Kalimantan Timur 701. Bagi kes sembuh, Jakarta mencatatkan 3,566 kes menjadikan…
Read More930 kes baharu, 1 kematian di Thailand
BANGKOK 30 Jan. – Thailand merekodkan 930 kes baharu Covid-19 dan satu kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan meningkat kepada 17,953 dengan 77 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) daripada 930 kes baharu, sebanyak 916 kes adalah penularan tempatan dan 14 kes import membabitkan tiga warga Thai yang memasuki negara itu dari Malaysia. Kes import lain melibatkan warga tempatan dan luar negara di mana mereka dikuarantin sejurus tiba di negara ini iaitu ketibaan dari Iran (1), Korea Selatan (1), Amerika Syarikat (2), Nigeria (2), Rusia(1),…
Read MoreFilipina catat 2,109 kes baharu
MANILA 30 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 2,109 kes positif Covid-19 setakat pukul 4 petang ini menjadikan jumlah keseluruhan 523,516 kes. Pada masa yang sama 71 pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada 10,669 kematian. Daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan, sebanyak 475,904 atau 90.9 peratus kes sembuh termasuk 146 pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam lalu. Kes aktif pula 36,943 atau 7.1 peratus daripada jumlah kes.
Read More16 lagi kluster baharu
SEBANYAK 16 kluster baharu dikenal pasti pada hari ini, 30 Januari yang melibatkan 13 kluster berkaitan tempat kerja dan tiga kluster komuniti. Ia melibatkan negeri Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Sabah, Perak dan Terengganu. Sehingga 30 Januari, jumlah kluster adalah sebanyak 807 dengan 16 kluster baharu.tertinggi Jumlah kluster yang telah tamat pula sebanyak 420(termasuk empat kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Batu Tujuh, Kluster D’Bajaru, Kluster Tapak Bina Jalan Broga, dan Kluster Mador). Jumlah kluster aktif pula adalah 387 dengan jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu…
Read MoreSelangor catat 3,285 kes
SELANGOR terus mendahului dengan 3,285 kes diikuti Johor 792 dan Kuala Lumpur 480
Read MoreNaik tiga kes 5,278
PUTRAJAYA 30 Jan. – Naik tiga kes berbanding semalam 5,725, sekaligus jumlah yang direkodkan hari ini 5,728 menjadi kes tertinggi pernah dicatatkan setakat ini.menjadikan jumlah keseluruhan 209,661 kes. Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan melaporkan jumlah kematian 13 menjadikan kumulatif meninggal dunia 746 manakala kes sembuh baharu adalah 3,805 dengan jumlah kumulatif 161,527 kes (77.04 %) sementara kes aktif 47,388. Daripada jumlah kes baharu itu, 5,723 kes adalah kes tempatan sementara lima kes import melibatkan dua warganegara dan tiga lagi bukan warganegara. Jumlah kes di unit rawatan rapi (ICU) pula adalah…
Read More251,101 pekerja asing disaring
KUALA LUMPUR 30 Jan. – Sebanyak 4,735 orang daripada 251,101 pekerja asing yang disaring Covid-19 disahkan positif manakala 246,366 negatif, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Katanya, semalam 8,601 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan dengan 133 disahkan positif. Saringan setakat ini melibatkan 10,500 majikan. Beliau juga memaklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 426 individu atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Antara kesalahan direkodkan ialah gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (93), tidak memakai pelitup muka (88), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (81),…
Read More48 petugas HSNZ positif
KUALA TERENGGANU 30 Jan. – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengesahkan seramai 48 petugas kesihatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, dijangkiti Covid-19, kata Pengarah Kesihatan Negeri Dr Nor Azimi Yunus. Beliau berkata kesemua petugas berkenaan telah diasingkan dan diberi rawatan manakala siasatan untuk mengenal pasti punca jangkitan sedang dijalankan dan kontak rapat kes juga telah disaring dan diasingkan. Dalam satu kenyataan, beliau berkata pengurusan rawatan pesakit di HSNZ masih diteruskan dan berada dalam keadaan terkawal. Perkhidmatan Unit Rawatan Rapi (ICU), dewan bedah dan kecemasan juga masih berjalan. Bagaimanapun,…
Read MoreJangan biarkan ‘api itu menyala’
KETIKA membaca kenyataan mengenai penahanan seorang remaja di Singapura di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini, timbul persoalan sama ada benar apa yang berlaku. Berkali-kali membaca dan menyemak kenyataan panjang lebar oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD). Bimbang tersalah faham. Hakikatnya memang benar. Satu berita yang mengejutkan apabila remaja kaum India berusia 16 tahun itu, bercita-cita melakukan keganasan ke atas dua buah masjid , Masjid Assyafaah dan Masjid Yusof Ishak, sama seperti serangan masjid di Christchurch, New Zealand, dua tahun lalu. BACA berita 1.Remaja rancang serang dua masjid…
Read More