Arab Saudi catat 197 kes

RIYADH 23 Jan. – Selepas empat hari merekodkan lebih 200 kes jangkitan harian, Arab Saudi hari ini merekodkan penurunan kepada 197 kes baharu dengan jumlah jangkitan kini 366,185 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, empat lagi pesakit meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 6,350. Pada masa yang sama, sebanyak 203 pesakit sembuh menjadikan jumlah pesakit pulih sebanyak 357,728 orang sementara kes aktif 2,107 di mana 329 kritikal. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 78 diikuti wilayah Timur 43 dan Makkah 36 kes.

Read More

Indonesia catat 977,474 kes jangkitan

JAKARTA  23 Jan. – Indonesia terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 apabila merekodkan 12,191 kes baharu yang membawa kepada jumlah kumulatif kini mencecah 977,474 kes. Kes kematian juga meningkat apabila 211 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan kes mencapai 27,664 kes atau 2.8 peratus daripada jumlah kes. Pada masa yang sama, jumlah pesakit sembuh yang direkodkan hari ini adalah 9,912 yang menambah keseluruhan kes pulih menjadi 791,059 orang sementara kes aktif pula sebanyak 158,751. Mengenai kes baharu, Jakarta merekodkan kes tertinggi dengan tambahan 3.285 kes dengan kumulatifnya mencapai 246.303…

Read More

10 kes import di Singapura

SINGAPURA 23 Jan. – Sebanyak 10 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari ini. Menurut Kementerian Kesihatan, kesemuanya adalah kes import yang sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini. Sementara itu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Singapura harus bersiap sedia dari segi psikologi dan kekal berwaspada kerana pandemik Covid-19, jauh daripada berakhir. Dalam catatan Facebooknya, Lee menarik perhatian kepada keadaan di banyak negara lain, yang jauh mahupun yang dekat, di mana gelombang baharu sedang berlaku. Di Singapura pula, jumlah kes jangkitan…

Read More

Filipina catat 1,797 kes baharu

MANILA 23 Jan. – Jabatan Kesihatan Filipina setakat pukul 4 petang hari ini mencatatkan 1,797 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 511,679. Bagi tempoh yang sama, 54 lagi pesakit meninggal dunia sekaligus menambah kuamulatif kes menjadi 10,190 kematian. Sebanyak 166 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih 467,886 sementara kes aktif pula 33,603. Sementara itu Setiausaha Kesihatan Francisco T. Duque III ketika mengumumkan pengesanan 16 kes tambahan varian UK di negara ini, menegaskan bahawa pelanggaran Piawaian Kesihatan Awam Minimum adalah pemacu utama jangkitan dan…

Read More

Thailand rekod 198 kes baharu

BANGKOK 23 Jan. – Thailand mencatatkan 198 kes baharu Covid-19 dan satu kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu setakat ini 13,302 dengan 72 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) kematian itu membabitkan lelaki warga emas tempatan berusia 81 tahun dari wilayah Phichit yang mempunyai masalah kesihatan dan diuji positif pada 3 Januari lepas sebelum meninggal dunia pada Jumaat malam.  Daripada 198 kes baharu itu, 180 adalah jangkitan tempatan yang menyaksikan 111 dikesan melalui pengesanan kes aktif (107 di Samut Sakhon dan empat di Bangkok) manakala 18 merupakan kes…

Read More

498 kes positif harian di Sabah

KOTA KINABALU 23 Jan. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 498 kes positif baharu Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 46,360 kes. Sebanyak 434 pesakit Covid-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatif 42,013 orang sementara 2,783 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 856 orang di hospital, 1,908 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 19 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 87 orang dan 18 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Satu kluster baharu dilaporkan iaitu Kluster Kampung Bombalai…

Read More

Kluster berkaitan kilang tinggi

PUTRAJAYA 23 Jan. – Sebanyak 11 lagi kluster baharu dikesan, dengan lapan daripadanya adalah berkaitan dengan kluster tempat kerja. Sementara, tiga lagi masing-masing membabitkan kluster komuniti, keagamaan, dan pusat tahanan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat semalam (22 Januari), sejumlah 350 kluster baharu telah dilaporkan, dengan 225 kluster (64.3 peratus) merupakan kluster berkaitan tempat kerja. Daripada kluster-kluster berkaitan tempat kerja yang dilaporkan, kluster berkaitan perkilangan mencatatkan bilangan kluster yang tertinggi iaitu sebanyak 80 kluster (35.6 peratus). Ia diikuti oleh kluster berkaitan pembinaan sebanyak 53 kluster (23.6 peratus)…

Read More

Tertinggi 4,275 kes, 4,313 sembuh

PUTRAJAYA 23 Jan. – Malaysia sekali lagi mencatat angka harian tertinggi apabila merekodkan 4,275 jangkitan baharu Covid-19 berbanding rekod tertinggi sebelum ini, 4,029 pada 16 Januari lalu. Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan mencecah 180,455 kes manakala kes sembuh daripada Ccovid-19 juga dilaporkan paling tinggi iaitu sebanyak 4,313 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah sebanyak 137,019. Daripada jumlah kes baharu, sebanyak 4,264 adalah penularan tempatan, sementara 11 import. Dalam perkembangan sama, sebanyak tujuh lagi kematian direkodkan, dengan jumlah keseluruhan…

Read More

Jangan abai lindungi haiwan terbiar

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menitahkan rakyat khususnya di Selangor tidak mengabaikan tanggungjawab melindungi haiwan terbiar khususnya kucing dan anjing dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Istana Alam Shah dalam satu hantaran di laman sosial Facebook Selangor Royal Office hari ini menyatakan, baginda berdua melahirkan rasa dukacita dan terkilan kerana masih ada lagi individu serta pihak tertentu sengaja berlaku kejam terhadap haiwan berkenaan dan masih tidak tahu kaedah terbaik untuk melindungi mereka. “Adalah sangat penting untuk kita semua memiliki…

Read More