Arab Saudi catat 197 kes

RIYADH 23 Jan. – Selepas empat hari merekodkan lebih 200 kes jangkitan harian, Arab Saudi hari ini merekodkan penurunan kepada 197 kes baharu dengan jumlah jangkitan kini 366,185 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, empat lagi pesakit meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 6,350.

Pada masa yang sama, sebanyak 203 pesakit sembuh menjadikan jumlah pesakit pulih sebanyak 357,728 orang sementara kes aktif 2,107 di mana 329 kritikal.

Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 78 diikuti wilayah Timur 43 dan Makkah 36 kes.

Related posts

Leave a Comment