Kluster berkaitan kilang tinggi

PUTRAJAYA 23 Jan. – Sebanyak 11 lagi kluster baharu dikesan, dengan lapan daripadanya adalah berkaitan dengan kluster tempat kerja.

Sementara, tiga lagi masing-masing membabitkan kluster komuniti, keagamaan, dan pusat tahanan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat semalam (22 Januari), sejumlah 350 kluster baharu telah dilaporkan, dengan 225 kluster (64.3 peratus) merupakan kluster berkaitan tempat kerja.

Daripada kluster-kluster berkaitan tempat kerja yang dilaporkan, kluster berkaitan perkilangan mencatatkan bilangan kluster yang tertinggi iaitu sebanyak 80 kluster (35.6 peratus).

Ia diikuti oleh kluster berkaitan pembinaan sebanyak 53 kluster (23.6 peratus) dan kluster berkaitan perkhidmatan sebanyak 31 kluster (13.8 peratus).

 

 

 

Related posts

Leave a Comment