Tertinggi 4,275 kes, 4,313 sembuh

PUTRAJAYA 23 Jan. – Malaysia sekali lagi mencatat angka harian tertinggi apabila merekodkan 4,275 jangkitan baharu Covid-19 berbanding rekod tertinggi sebelum ini, 4,029 pada 16 Januari lalu.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan mencecah 180,455 kes manakala kes sembuh daripada Ccovid-19 juga dilaporkan paling tinggi iaitu sebanyak 4,313 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah sebanyak 137,019.

Daripada jumlah kes baharu, sebanyak 4,264 adalah penularan tempatan, sementara 11 import.

Dalam perkembangan sama, sebanyak tujuh lagi kematian direkodkan, dengan jumlah keseluruhan kematian berkaitan Covid-19 meningkat kepada 667 kes.

Semalam, Malaysia merekodkan kes tertinggi kematian iaitu 18 orang dalam tempoh 24 jam.

Dalam perkembangan sama, seramai 260 pesakit dilaporkan dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala 103 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment