498 kes positif harian di Sabah

KOTA KINABALU 23 Jan. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 498 kes positif baharu Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 46,360 kes.

Sebanyak 434 pesakit Covid-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatif 42,013 orang sementara 2,783 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 856 orang di hospital, 1,908 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 19 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.

Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 87 orang dan 18 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Satu kluster baharu dilaporkan iaitu Kluster Kampung Bombalai di Kalabakan melibatkan dua kes baharu dikesan daripada saringan kontak rapat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 16 kes.

Daripada 498 kes positif Covid-19 yang dicatatkan, sebanyak 332 kes (66.7%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 68 kes (13.7%), saringan kluster baharu dan sedia ada 29 kes (5.8%), saringan Perkeso lima (5) kes (1.0%), saringan pelajar masuk asrama 11 kes (2.2%), saringan komuniti 17 kes (3.4%) dan 36 kes (7.2%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital Covid-19 adalah sebanyak 1,100 unit, di PKRC Awam berjumlah 4,580 unit dan jumlah katil di PTS / penjara pula kekal 1,100 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 6,780 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 41.05%.

 

Related posts

Leave a Comment