10 kes import di Singapura

SINGAPURA 23 Jan. – Sebanyak 10 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan, kesemuanya adalah kes import yang sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini.

Sementara itu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Singapura harus bersiap sedia dari segi psikologi dan kekal berwaspada kerana pandemik Covid-19, jauh daripada berakhir.

Dalam catatan Facebooknya, Lee menarik perhatian kepada keadaan di banyak negara lain, yang jauh mahupun yang dekat, di mana gelombang baharu sedang berlaku.

Di Singapura pula, jumlah kes jangkitan dalam masyarakat sudah meningkat sejak Fasa Tiga sekarang.

Beliau menyeru setiap orang supaya mematuhi langkah-langkah baharu , demi melindungi diri mereka dan orang-orang tersayang. 

Related posts

Leave a Comment