Thailand rekod 198 kes baharu

BANGKOK 23 Jan. – Thailand mencatatkan 198 kes baharu Covid-19 dan satu kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu setakat ini 13,302 dengan 72 kematian.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) kematian itu membabitkan lelaki warga emas tempatan berusia 81 tahun dari wilayah Phichit yang mempunyai masalah kesihatan dan diuji positif pada 3 Januari lepas sebelum meninggal dunia pada Jumaat malam. 

Daripada 198 kes baharu itu, 180 adalah jangkitan tempatan yang menyaksikan 111 dikesan melalui pengesanan kes aktif (107 di Samut Sakhon dan empat di Bangkok) manakala 18 merupakan kes import.

Kes import melibatkan warga Thais (12), Amerika (3), Itali (1), Mesir (1) dan Rusia (1). Mereka tiba dari United Kingdom (5), Bahrain (4), Emiriyah Arab Bersatu (2) dan seorang masing-masing dari Sweden, India, Itali, Mesir, Rusia, Amerika Syarikat dan Switzerland.

Daripada sejumlah 13,302 kes Covid-19 yang dilaporkan di negara ini sejak Januari tahun lepas, sebanyak 10,945 kes adalah jangkitan tempatan termasuk 4,495 yang dikesan melalui pengesanan kes aktif manakala 2,357 merupakan kes import.

Setakat ini, 10,448 pesakit sembuh, termasuk 224 yang sembuh hari ini sementara 2,782 lagi masih di hospital.

Related posts

Leave a Comment