Filipina catat 1,797 kes baharu

MANILA 23 Jan. – Jabatan Kesihatan Filipina setakat pukul 4 petang hari ini mencatatkan 1,797 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 511,679.

Bagi tempoh yang sama, 54 lagi pesakit meninggal dunia sekaligus menambah kuamulatif kes menjadi 10,190 kematian.

Sebanyak 166 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih 467,886 sementara kes aktif pula 33,603.

Sementara itu Setiausaha Kesihatan Francisco T. Duque III ketika mengumumkan pengesanan 16 kes tambahan varian UK di negara ini, menegaskan bahawa pelanggaran Piawaian Kesihatan Awam Minimum adalah pemacu utama jangkitan dan mutasi.

Beliau meminta orang ramai untuk terus melakukan tindakan pencegahan – dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh.

Related posts

Leave a Comment