Riyadh catat 169 kes baharu

RIYADH 14 Jan. – Arab Saudi hari ini merekodkan 169 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 364,440. Bagi tempoh 24 jam, 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak enam pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 6,310 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 188 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada 356,201 orang pulih atau 97.73 peratus daripada jumlah kes. Kes aktif pula kini 1,929 di mana 302 kritikal. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 46 kes diikuti Makkah 42 dan wilayah Timur 33 manakala Tabuk…

Read More

11,557 kes harian di Indonesia

JAKARTA 14 Jan. – Indonesia terus menambah kes positif Covid-19 apabila mencatatkan 11,557 kes harian, hari kedua berturut-turut melepasi 11,000 kes. Semalam sebanyak 11,278 kes harian direkodkan. Setakat ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah 869,600 dengan kes aktif sebanyak 133,149. Jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini seramai 25,246 orang, selepas merekodkan 295 lagi kematian dalam tempoh 24 jam. Bagi kes sembuh pula, sebanyak 7,741 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif sembuh 711,205. Sementara itu Provinsi Jakarta merekodkan kes tertinggi jangkitan virus itu iaitu 217,893…

Read More

Kes di Filipina cecah 494,605

JABATAN Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,912 kes baharu Covid-19 hari ini, satu peningkatan berbanding 1,453 kes yang direkodkan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 494,605 dengan jumlah kes aktif sebanyak 25,614. Sebanyak 40 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah kumulatif kematian setakat ini 9,739 atau 1.97 peratus daripada keseluruhan kes. Bagi kes pulih pula, sebanyak 746 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang membawa jumlah kumulatif pulih 459,252 kes.

Read More

7 kluster baharu, 276 masih aktif

PUTRAJAYA 14 Jan. – Tujuh kluster dilaporkan hari ini menjadikan 623 kluster direkodkan setakat ini dan daripada jumlah itu, 276 masih aktif serta dipantau. Sebanyak 347 kluster telah tamat termasuk Kluster Huma di Kelantan yang berakhir pada hari ini. Hari ini sebanyak 78 kluster melaporkan pertambahan kes baharu termasuk Kluster Beringin sebanyak 177 kes serta Kluster Sungai Putus dan Kluster Pasai yang masing-masing melaporkan sebanyak 157 kes. Sementara itu tujuh kluster baharu yang direkodkan adalah :    KLUSTER JALAN SELAYANG Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes…

Read More

Operasi restoran hingga 8 malam

KUALA LUMPUR 14 Jan. – Operasi restoran dan kedai makan di negeri yang terbabit dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih kekal sehingga pukul 8 malam. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan masih belum mempertimbangkan untuk melanjutkan waktu operasi kedai sehingga 10 malam. “Kita PKP ini dua minggu, dulu kita pernah tiga bulan. Jadi baru dua minggu patuhlah dengan apa yang disarankan oleh kerajaan. “Macam saya kata tadi kalau kes menurun, kita tukar status PKP jadi PKP Bersyarat (PKPB), jadi ada kelonggaran yang akan diberikan. “Jadi, kalau nak tempat…

Read More

Dobi layan diri perlu patuh SOP

KUALA LUMPUR 14 Jan. – Kerajaan bersetuju membenarkan kedai dobi layan diri beroperasi di negeri-negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, premis perlu menyediakan pekerja untuk mengawal dan mengawasi pelanggan. Katanya, pemilik premis juga perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk melakukan saringan suhu badan pelanggan, mengimbas kod QR MySejahtera, memakai pelitup muka, menyediakan cecair pembasmi kuman, memastikan penjarakan fizikal dan tidak bersesak. Waktu operasi kedai dobi layan diri bermula dari pukul 6 pagi sehingga 8 malam. Beliau berkata, ramai yang mengadu terutamanya golongan…

Read More

PKP Sibu 14 hari mulai 16 Januari

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bahagian Sibu selama 14 hari bermula 16 Januari 2021. Menurut kenyataan itu, pelaksanaan PKP bahagian Sibu itu meliputi daerah Sibu, Kanowit dan Selangau berkuat kuasa 12.01 tengah malam 16 Januari. “Prosedur operasi standard (SOP) berhubung dengan PKP ini akan dimaklumkan kepada orang awam esok. “Manakala Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk Bahagian Sarikei masih dikekalkan,” kata kenyataan itu. Laporan JPBN Sarawak turut menyatakan 180 kes positif Covid-19 dikesan di negeri itu hari ini. Sementara…

Read More

Thailand catat 271 kes, 2 meninggal

BANGKOK 14 Jan. – Dua kematian akibat Covid-19 dilaporkan manakala 271 kes baharu positif Covid-19 dicatatkan di Thailand dalam tempoh 24 jam. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), 259 kes melibatkan penularan tempatan dan 12 lagi adalah kes import. Dengan perkembangan ini jumlah kematian meningkat kepada 69 dan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 11,262. Salah satu kematian melibatkan lelaki Britain berusia 71 tahun yang menghidap diabetis, tiroiditis dan barah paru-paru,dan seorang lelaki Thai, 53 yang juga menghidap diabetis. Sebelas kes kuarantin melibatkan ketibaan dari Pakistan (2), Hungary (1), United Kingdom…

Read More