7 kluster baharu, 276 masih aktif

PUTRAJAYA 14 Jan. – Tujuh kluster dilaporkan hari ini menjadikan 623 kluster direkodkan setakat ini dan daripada jumlah itu, 276 masih aktif serta dipantau.

Sebanyak 347 kluster telah tamat termasuk Kluster Huma di Kelantan yang berakhir pada hari ini.

Hari ini sebanyak 78 kluster melaporkan pertambahan kes baharu termasuk Kluster Beringin sebanyak 177 kes serta Kluster Sungai Putus dan Kluster Pasai yang masing-masing melaporkan sebanyak 157 kes.

Sementara itu tujuh kluster baharu yang direkodkan adalah :   

  • KLUSTER JALAN SELAYANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula 13 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah pasar raya. Nama kluster merujuk lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di sebuah pasar raya di Jalan Selayang Baru. Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 511 individu disaring, di mana 84 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TROPIKA

Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 9 Januari 2021 hasil saringan tahanan dan kontak rapat di sebuah pusat tahanan. Nama kluster merujuk lokaliti tempat kes-kes yang dilaporkan dalam kluster ini iaitu di Jalan Setia Tropika, Johor Bahru. Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 116 individu disaring, di mana 55 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PASIR BARAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi di Johor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 21 Disember 2020 hasil saringan bersasar yang dijalankan secara berperingkat di sebuah tapak projek di Pasir Gudang. Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 781 individu disaring, di mana 92 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA DUTAMAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dua kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-139748 dan kes ke-139749) dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Januari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Dutamas Raya, Segambut, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 91 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PAHANG

Kluster ini melibatkan daerah Kepong, Titiwangsa, Lembah Pantai dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-130168) dilaporkan positif Covid-19 pada 8 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Hospital Kuala Lumpur,  Jalan Pahang. Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 57 individu disaring, di mana enam kes telah dikesan positif

  • KLUSTER JALAN RANTAU-SILIAU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Port Dickson di Negeri Sembilan. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 10 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes-kes yang dikesan positif  iaitu di Jalan Rantau–Siliau, Bandar Sri Sendayan, Siliau, Negeri Sembilan. Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 508 individu disaring, di mana 96 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INTAN MAS

Kluster ini melibatkan daerah Hilir Perak di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-130767) dilaporkan positif Covid-19 pada 8 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang beralamat di Taman Intan Emas, Teluk Intan, Perak. Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 55 individu disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment