Riyadh catat 169 kes baharu

RIYADH 14 Jan. – Arab Saudi hari ini merekodkan 169 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 364,440.

Bagi tempoh 24 jam, 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak enam pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 6,310 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 188 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada 356,201 orang pulih atau 97.73 peratus daripada jumlah kes.

Kes aktif pula kini 1,929 di mana 302 kritikal.

Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 46 kes diikuti Makkah 42 dan wilayah Timur 33 manakala Tabuk satu kes.

Related posts

Leave a Comment