Kes di Filipina cecah 494,605

JABATAN Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,912 kes baharu Covid-19 hari ini, satu peningkatan berbanding 1,453 kes yang direkodkan semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 494,605 dengan jumlah kes aktif sebanyak 25,614.

Sebanyak 40 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah kumulatif kematian setakat ini 9,739 atau 1.97 peratus daripada keseluruhan kes.

Bagi kes pulih pula, sebanyak 746 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang membawa jumlah kumulatif pulih 459,252 kes.

Related posts

Leave a Comment