PKP Sibu 14 hari mulai 16 Januari

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bahagian Sibu selama 14 hari bermula 16 Januari 2021.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan PKP bahagian Sibu itu meliputi daerah Sibu, Kanowit dan Selangau berkuat kuasa 12.01 tengah malam 16 Januari.

“Prosedur operasi standard (SOP) berhubung dengan PKP ini akan dimaklumkan kepada orang awam esok.

“Manakala Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk Bahagian Sarikei masih dikekalkan,” kata kenyataan itu.

Laporan JPBN Sarawak turut menyatakan 180 kes positif Covid-19 dikesan di negeri itu hari ini.

Sementara Sibu mencatatkan kes tertinggi iaitu 150 kes, Miri (9), Bintulu (4), Kuching (4), Dalat (3), Simunjan (2), Sebauh (2), Limbang (1), Samarahan (1), Tebedu (1), Betong (1), Sarikei (1) dan Lubok Antu satu kes.

Related posts

Leave a Comment