11,557 kes harian di Indonesia

JAKARTA 14 Jan. – Indonesia terus menambah kes positif Covid-19 apabila mencatatkan 11,557 kes harian, hari kedua berturut-turut melepasi 11,000 kes.

Semalam sebanyak 11,278 kes harian direkodkan.

Setakat ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah 869,600 dengan kes aktif sebanyak 133,149.

Jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini seramai 25,246 orang, selepas merekodkan 295 lagi kematian dalam tempoh 24 jam.

Bagi kes sembuh pula, sebanyak 7,741 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif sembuh 711,205.

Sementara itu Provinsi Jakarta merekodkan kes tertinggi jangkitan virus itu iaitu 217,893 kes selepas mencatatkan 3,165 kes baharu.

Jakarta juga merekodkan kes pesakit sembuh yang tinggi dengan merekodkan 2,075 dengan kumulatifnya 193,632.

Bagi kes kematian pula, Jawa Tengah mencatatkan 88 kes  dan kumulatifnya di kedudukan kedua iaitu 4,343 iaitu selepas Jawa Timur merekodkan 69 kes dengan  kumulatifnya 6,716 kes. 

Related posts

Leave a Comment