Kes cecah lebih 2,000 kes

PUTRAJAYA 10 Dis. – Kes Covid-19 dalam negara kembali kepada empat angka, dengan catatan sebanyak 2,234 lagi kes disahkan pada hari ini.. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata peningkatan kes tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 78,499 kes. Dalam satu kenyataan media, kes yang dicatatkan melibatkan 2,229 sebagai jangkitan tempatan, manakala lima lagi sebagai kes import. Pada masa sama, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak tiga lagi kematian dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan angka korban akibat Covid-19 meningkat kepada 396. Di sebalik peningkatan kes positif, seramai 1,112…

Read More

Dana JASA kini RM40.5 juta

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Dewan Rakyat meluluskan usul pemotongan dana bagi Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sebanyak RM45 juta bagi butiran di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. JASA yang kini dikenali sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), sebelum ini diperuntukkan  RM85.5 juta, kini tinggal RM40.5 juta. Keputusan itu diumumkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun selepas kertas pindaan yang dibawa Timbalan Menteri Kewangan 1 Abdul Rahim Bakri (Bersatu-Kudat), selesai dibahaskan. Sementara itu, cubaan lima Ahli Parlimen iaitu Wifred Madius Tangau (UPKO-Tuaran), Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya), Ahmad Fahmi Mohamed…

Read More

217 ingkar arahan PKP

KUALA LUMPUR 10 Dis. –  Seramai 217 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang Rabu, kata Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob. Katanya, daripada jumlah itu, seramai 210 individu dikompaun manakala tujuh individu pula direman. Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk 99 individu melakukan kesalahan tidak memakai pelitup muka, 60 individu gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan. Seramai 31 individu gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, 17 individu ditahan kerana melakukan aktiviti pusat hiburan dan 10 individu atas kesalahan lain-lain. Sementara itu, Operasi Benteng yang melibatkan…

Read More

JAIS ‘bebaskan’ tiga daerah

SHAH ALAM 10 Dis. – Hanya masjid dan surau di daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor sahaja dibenarkan mengadakan solat Jumaat dan aktiviti pengimarahan yang berkaitan. Menurut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), kebenaran itu yang melibatkan 130 masjid, 21 surau kebenaran Jumaat dan 453 surau adalah mengikut kapasiti sebenar ruang solat dengan penjarakan 1.5 meter. Bagaimanapun kebenaran itu tidak termasuk sebuah masjid, dua surau Jumaat dan dua surau di Mukim Kuala Selangor berikutan penularan kes di kawasan berkenaan. Bagi program pengimarahan seperti kuliah maghrib, subuh, dhuha dan bacaan…

Read More

5 angkat sumpah Exco

KUALA KANGSAR 10 Dis. – Lima Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Perak mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah di sini petang ini. Mereka adalah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari UMNO dan seorang dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang telah diperkenan oleh Sultan Nazrin. Mewakili UMNO adalah ADUN Lintang, Mohd Zolkafly Harun; Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Kampong Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (Bota). Keempat-empat mereka merupakan Exco yang sama sewaktu pentadbiran Ahmad Faizal Azumu.…

Read More

Patuhi SOP majlis perhimpunan

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menghadiri sebarang jenis perhimpunan atau semasa berada di tempat awam. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di Facebooknya, hari ini berkata ia termasuklah perhimpunan besar-besaran yang melibatkan kaum keluarga seperti majlis keraian dan upacara keagamaan yang turut dihadiri individu yang bergejala. Beliau membuat peringatan itu berikutan semakin banyak kluster terbentuk daripada perhimpunan sosial kebelakangan ini. Contohnya Kluster Enggor di Perak serta Kluster Indah Mas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor yang bermula dengan perhimpunan…

Read More

MB ketiga selepas PRU-14

KUALA KANGSAR: Pengerusi UMNO Perak, Saarani Mohamad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-14 dan yang ketiga selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Mei 2018. Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pada pukul 11.20 pagi ini. Untuk rekod, selepas PRU lalu, Faizal Azumu dilantik ke jawatan itu mewakili Pakatan Harapan (PH) tetapi krisis politik menyebabkan Bersatu yang diwakili Faizal keluar PH dan membentuk Perikatan Nasional (PN). Faizal sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengetuai kerajaan negeri sebagai Menteri Besar ke-13 pada 13 Mac 2020…

Read More

Sejarah baharu yang tidak boleh dibanggakan

KUALA KANGSAR 10 Dis. – Pertukaran kerajaan dan Menteri Besar Perak untuk kali ketiga selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 mencatatkan sejarah baharu tetapi ia bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Begitulah titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak Ke-14, Datuk Saarani Mohamad di Istana Iskandariah, di sini hari ini. Titah baginda situasi itu sebaliknya cerminan kepada kegagalan sebuah pentadbiran. “Sejak berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-14, tiga kali istiadat pelantikan Menteri Besar dilakukan; perkara yang mencatatkan sejarah baharu yang tidak pernah berlaku…

Read More

Menteri Kesihatan jalani HSO

MENTERI Kesihatan, Dr. Adham Baba diperintahkan untuk menjalani Pengawasan dan Pemerhatian di rumah atau “Home Surveillance Order” (HSO) sehingga 18 Disember ini. Menerusi hantaran di Facebook beliau, perintah itu dikeluarkan kerana penilaian risiko yang dijalankan oleh KKM Putrajaya mendapati beliau adalah kontak rapat kepada seorang petugas media swasta yang hadir ke pejabatnya pada Sabtu lepas. Petugas media itu didapati positif Covid-19 dan bergejala. “Sehingga tamat perintah HSO, saya akan bekerja dari rumah termasuk mengadakan mesyuarat dan perbincangan  melalui sidang maya. “Sesiapa pun tidak terkecuali dari mematuhi sebarang perintah yang dikeluarkan…

Read More