KHUTBAH Jumaat di Selangor hari ini mengambil sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-75. Khatib menyampaikan khutbah bertajuk “Titah Sultan, Maslahah Ummah”. Adalah menjadi kewajipan setiap pemimpin menjadi pemimpin yang adil. Khatib menarik perhatian mengenai nasihat Imam al-Hassan al-Basri kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Katanya: “Pemimpin yang adil tidak ubah seperti ibu yang sentiasa mencintai anaknya, dia mengandung dan melahirkannya dengan susah payah, dia mendidiknya pada saat masih kecil, dia tidak tidur malam bila anaknya juga tidak tidur malam, dia akan merasa tenang bila anaknya…
Read MoreYear: 2020
‘Hari ni Selangor berapa ramai?’
11 Disember 2020 ~ Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-75, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menitipkan titah ucapan istimewa untuk Tuanku Sultan di laman media sosial peribadi Baginda. Berikut adalah petikan ucapan yang diperkenan oleh DYMM Tengku Permaisuri Norashikin untuk turut dikongsi bersama rakyat jelata, khas sempena hari yang istimewa ini :- “Ampun Tuanku, patek merafak sembah merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Tuanku yang ke-75. This year is obviously different from the previous years as…
Read MoreTitah Tuanku terus patuh SOP
SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua rakyat agar terus menjalani kehidupan norma baharu dengan penuh disiplin dan mematuhi dengan ketat segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa. “Beta mengharapkan risiko jangkitan wabak Covid-19 ini dapat dikurangkan dan seterusnya dihapuskan penularannya di negara kita,” titah baginda. Baginda juga turut menzahirkan penghargaan kepada doktor, jururawat, kakitangan hospital serta barisan hadapan yang telah melaksanakan tugas merawat pesakit dan mencegah penularan Covid-19 tanpa kenal penat dan lelah. “Segala pengorbanan mereka amat beta hargai dan beta mendoakan supaya…
Read MoreTanggungjawab pemimpin
Media Hari Ini 11.12.2020
141 kes harian Arab Saudi
RIYADH 10 Dis. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan penurunan apabila merekodkan 141 kes, angka terendah setakat ini berbanding 159 kes yang dicatatkan semalam. Sebelum ini dalam tempoh seminggu, Arab Saudi merekodkan 234 kes pada 4 Disember, diikuti hari berikutnya 190 ; 187; 209; 193 dan 159 kes semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 10 lagi kematian dilaporkan akibat Covid-19 yang menjadikan jumlah pesakit meninggal dunia 6,012. Sebanyak 248 kes dilaporkan pulih dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 349,872 kes. Kes…
Read More82.1 % sembuh di Indonesia
JAKARTA 10 Dis. – Ketika kes Covid-19 menunjukkan peningkatan di Indonesia, iaitu 598.933 kes, jumlah pesakit sembuh juga meningkat dengan merekodkan 491.975 orang atau 82.1 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kumulatif kes sembuh itu termasuk 4,530 orang pesakit yang dilaporkan pulih hari ini sementara kes baharu adalah sebanyak 6.033 kes dan kes aktif 88.622 kes atau 14.8 peratus daripada keseluruhan kes. Kes sembuh tertinggi adalah di Jakarta dengan 1,042 kes diikuti Jawa Barat 783 kes Jawa Timur 673, Jawa Tengah 635 dan Kalimantan Timur 202. Bagi kes positif pula, daripada…
Read More5 lagi kluster baharu dikesan
SETAKAT ini, sebanyak 401 kluster telah dilaporkan termasuk lima kluster baharu pada Khamis, 10 Disember 2020. Jumlah kluster yang tamat pula adalah sebanyak 214 kluster termasuk tiga kluster yang tamat pada 10 Disember iaitu Kluster Merbok di Selangor, Kluster Lintas di Sabah, dan Kluster Telipok juga di Sabah. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 187 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 57 kluster melaporkan pertambahan kes pada Khamis. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Seruling (843 kes), Kluster Hentian (315 kes) dan Kluster Tembok (104…
Read MoreSelangor dijangka kekal tinggi
SELANGOR telah melaporkan sebanyak 842 kes (59.0 peratus) Kluster Seruling dan 315 kes (22.1 peratus) Kluster Hentian. Kes di negeri Selangor dijangkakan akan kekal tinggi susulan perluasan Program Saringan Pekerja Warga Asing oleh PERKESO dan tindakan proaktif majikan-majikan di Lembah Klang. Sehingga kini, pengesanan kontak rapat dan pengesanan kes secara aktif masih giat dijalankan di lapangan dan kes-kes yang terlibat telah diasingkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah MAEPS 2.0 dan Hospital Sungai Buloh.
Read MoreSelangor mendahului kes
PUTRAJAYA 10 Dis. – Selangor mendahukui senarai dengan merekodkan 1,428 kes di mana 1,200 kes dari kluster sedia ada, 39 kluster baharu (Tapak Bina Jalan Bukit), 92 saringan kontak rapat dan 97 lain-lain saringan Daripada 2,234 lagi kes positif Covid-19 yang disahkan pada Khamis, Selangor menjadi negeri tertinggi dengan rekod kes harian iaitu 63.9 peratus daripada kes yang direkodkan hari ini. Kebanyakan kes positif di negeri Selangor pada hari ini melibatkan kluster-kluster berkaitan tempat kerja terutamanya Kluster Seruling yang merekodkan 842 kes (59.0peratus) dan Kluster Hentian 315 kes (22.1 peratus). Kes…
Read More