SEPANG 10 Julai – Seorang lagi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Aziman Hadi Nazri, mengumumkan keluar parti dan melepaskan semua jawatannya termasuk Exco Armada Nasional berkuat kuasa serta-merta.
“”Saya Aziman Hadi Nazri, dengan ini mengumumkan peletakan jawatan saya sebagai Exco Armada Nasional dan Ahli MPT Bersatu, berkuat kuasa serta-merta,” katanya menerusi Facebooknya.
Aziman merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepemimpinan parti, rakan seperjuangan serta ahli yang memberikan kepercayaan, sokongan dan kerjasama sepanjang beliau menggalas amanah dalam parti.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh kepemimpinan dan ahli Armada di semua peringkat yang bersama-sama memperkukuhkan parti serta membawa suara golongan muda.
Beliau berkata, segala pengalaman, persahabatan dan ruang perjuangan yang diberikan akan sentiasa dihargai. Terima kasih atas segala sokongan yang telah diberikan,” katanya.
Semalam Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, mengesahkan peletakan jawatannya sebagai Ahli MPT Bersatu bagi memberi tumpuan penuh kepada urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Turut mengambil langkah sama menyerahkan surat peletakan jawatan pada minggu lalu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena merangkap Exco kerajaan negeri, Marzita Mansor.
Setiausaha Bersatu Perlis Azahar Hassan juga mengumumkan keluar parti dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta.
“Saya percaya keputusan ini, berdasarkan prinsip, pendirian dan pertimbangan peribadi demi meneruskan hala tuju perjuangan yang saya yakini,” kata anggota Dewan Negara itu.
Nnnn
