Pembukaan semula sekolah

PUTRAJAYA : Pelajar tingkatan satu hingga  empat dan kelas peralihan serta murid tahun lima dan  enam akan kembali ke sekolah mulai 15 Julai ini diikuti murid tahun satu hingga empat pada minggu berikutnya iaitu 22 Julai. Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, tarikh pembukaan semula ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM).  “Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan,” katanya dalam sidang…

Read More

Solat duha, tazkirah di masjid

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju membenarkan kuliah dan solat Duha diadakan di masjid serta surau, bermula hujung minggu ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob. Begitu juga kelas mengaji dan fardu ain juga dibenarkan diadakan di masjid dan surau tetapi masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan mengikut saiz dan kapasiti masjid dan surau. Ismail Sabri berkata, masjid dan surau juga dibenarkan mengadakan tazkirah sebelum solat Jumaat tertakluk kepada SOP yang ditetapkan bermula Jumaat ini. Menurut beliau, kebenaran itu diputuskan susulan cadangan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal…

Read More

Surat rayuan menjelang PRU

SETIAUSAHA Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP), Lee Hsien Loong mengutuskan surat kepada penduduk Singapura bagi meraih sokongan menjelang hari pengundian pilihan raya umum pada 10 Julai ini. Surat dalam empat bahasa itu menyenaraikan secara ribgkas usaha yang akan dilakukan parti itu termasuk menghadapi penularan Covid-19. Lee berkata, pasukannya akan berusaha untuk mengatasi krisis ini dengan selamat, dan kemudian untuk pulih dengan kuat. “Keutamaan pertama kami adalah untuk menyelamatkan pekerjaan, dan membantu anda kembali bekerja sekiranya anda kehilangan pekerjaan. Semua yang memerlukan bantuan tambahan akan mendapatkannya,” janji Lee. Katanya, Singapura memerlukan…

Read More

10.4 juta kes, 509,000 maut

SETAKAT 7.30 pagi ini, kes positif Covid-19 di seluruh dunia mencecah 10,434,835 manakala kematian pula meningkat kepada 509,779. Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 2,629,372 kes dan kematian 127,322 diikuti Brazil yang merekodkan 1,402,041 kes dan 59,594 kematian. Rusia menduduki tempat ketiga dengan 646,929 kes diikuti India 566,840 dan United Kingdom (UK) 314,160. Lapan negara mencatat angka melebihi 200,000 kes didahului Peru 285,213, Chile 279,393, Sepanyol 249,271, Itali 240,578, Iran 227,662, Mexico 220,657, Pakistan 209,337 dan Perancis 202,063. Enam negara merekodkan lebih 100,000 kes didahului Turki 199,906, Jerman…

Read More

Masjid, surau ‘dibuka’ 3 Julai

MULAI 3 Julai 2020, semua masjid dan surau di Selangor dibuka untuk solat jemaah lima waktu dan Jumaat (masjid dan surau Jumaat) dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. Bagaimanapun jumlah dan bilangan jemaah ditetapkan 1,000 orang bagi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya. Bagi masjid lain kehadiran jemaah ditetapkan maksimum 500 orang tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid, tertakluk kepada kapasiti masjid berkenaan. Menurut kenyataan Istana Alam Shah hari ini, 1…

Read More

Kawalan kendiri di AS lemah?

KAWALAN kendiri yang lemah dalam kalangan rakyat antara penyumbang peningkatan kes Covid-19 di Amerika Syarikat, kata Pengarah Institut Penyakit Berjangkit Nasional, Dr Anthony Fauci. Beliau memberi amaran bahawa AS berdepan situasi yang mencatat 100,000 jangkitan Covid-19 setiap hari. Ketika memberi keterangan di hadapan Senat AS, beliau merujuk situasi yang menunjukkan orang ramai bersosial tanpa memakai topeng, berada di tempat sesak dan tidak memberi perhatian kepada garis panduan yang telah dikeluarkan. “Kita akan terus berada dalam masalah. Sekiranya amalan ini tidak dihentikan, lebih ramai yang akan menderita,” katanya. Amaran ini juga…

Read More

ARAB Saudi merekodkan kes harian tertinggi pada Selasa, 30 Jun dengan 4,387 kes  menjadikan jumlah keseluruhan 190,823. Jurucakap Kementerian Kesihatan memaklumkan, dalam tempoh 24 jam, jumlah kematian juga meningkat kepada 1,649 apabila 50 lagi kematian dilaporkan. Di sebalik kenaikan kes positif hari ini, kes pulih pula meningkat dengan 3,648 menjadikan jumlah keseluruhan 130,766. Sebanyak 58,408 kes aktif. Sementara itu, Al-Hafouf menyaksikan 342 kes diikuti Riyadh 342. Dammam pula mencatatkan 308 dan Makkah 287, Taif 229, Jeddah 167, Abha 144, Madinah 132 dan Khamis Musha’id.132.

Read More

Indonesia rekod 56,385 kes

INDONESIA merekodkan 1,293 kes positif baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 meningkat kepada 56,385  kes, dengan 71 lagi kematian. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 Achmad Yurianto berkata, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, jumlah keseluruhan kematian kini 2,876 orang. Sebanyak 13,182 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19. Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 893 kes, diikuti provinsi Jakarta (632 kes), Kalimantan Selatan (189), Jawa Barat (176) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. SINGAPURA melaporkan 246 kes baharu jangkitan Covid-19 dengan enam kes dalam komuniti,…

Read More