Kit Siang ‘demam viral’

PENASIHAT DAP, Lim Kit Siang dimasukkan ke hospital akibat demam viral, kata anaknya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Guan Eng memberitahu, bapanya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah disahkan bebas pandemik Covid-19. “Bapa dimasukkan ke hospital kerana demam viral (bukan Covid-19). Kami berterima kasih di atas semua ucapan. Doakan dia segera sembuh,” katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya pada Khamis. Bagaimanapun tidak dinyatakan lokasi Kit Siang dirawat. Kit Siang menjadi Ahli Parlimen sejak 1969, dan merupakan salah seorang ahli politik paling lama berkhidmat di Malaysia. Bermula  sebagai Setiausaha…

Read More

Nasi Arab Malaya Grill

PERNAH cuba nasi Arab citarasa Melayu? Semalam, singgah di Malaya Grill, Medan Selera Bandar Baru Sungai Buloh. Lokasinya depan Public Bank. Dibuka 12 tengah hari hingga 11 malam. Biasa singgah di situ tetapi selalu pesan menu western. Kali ini pesan nasi Arab kambing talam untuk dua orang dan sell out kambing. Nak tahu sedap atau tak sedap rasa sendiri. Boleh pesan nasi Arab yang dihidang bersama lamb shoulder, lamb shank atau ayam bakar. Khabarnya kambing yang digunakan pun dari Lamb New Zealand, lagi berkualiti, premium dan tekstur daging yang cantik…

Read More

AS mendahului kes, kematian

KES positif Covid-19 di seluruh dunia mencecah 10,662,993 setakat 8.30 pagi ini berbanding pagi semalam 10,434,835 manakala kematian pula meningkat daripada 509,779 semalam kepada 515,504. Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) terus mendahului jumlah kes dan kematian tertinggi iaitu 2,683,894 berbanding 2,629,372 kes semalam dan kematian 128,044  berbanding semalam 127,322. Brazil menduduki tempat kedua yang merekodkan 1,448,753 kes dan 60,632 kematian diikuti Rusia yang merekodkan 653,479 kes dan kematian 9,521. India pula merekodkan 585,493 kes dan United Kingdom (UK) 314,992. Turki menyertai lapan negara lain mencatat angka melebihi 200,000 kes…

Read More

Selesema babi pula muncul?

KETIKA dunia masih bergelut dengan Covid-19, timbul pula ancaman H1N1 atau selesema babi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula mengesan wabak ini dan mengkaji mengenai virus berkenaan. WHO kini mengambil langkah menyelaras kerjasama dengan pihak berkuasa China untuk membuat penilaian lebih teratur mengenai strain baharu selesema babi (H1N1) yang dilaporkan merebak dalam kalangan pekerja ladang babi di China. “Kami sedang bersiap sedia menghadapi jangkitan influenza, lanjutan kepada Covid-19 ini,” kata Pengarah Serantau WHO bagi Pasifik Barat, Dr Takeshi Kasai. Bercakap kepada pemberita pada taklimat media secara maya bersama Forum Ekonomi Dunia-Wilayah…

Read More

Kes di Arab Saudi 1,994

JUMLAH mangsa Covid-19 di Arab Saudi meningkat kepada 194,225 dengan kes positif baharu yang dilaporkan pada Rabu, 1 Julai sebanyak 3,402. Sebanyak 49 lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,698 kes manakala 1,994 kes telah pulih menjadikan jumlah sembuh 132,760. Ketika ini terdapat 59,767 kes aktif di negara itu di mana 2,272 pesakit dalam keadaan kritikal. Sementara itu, Riyadh kembali mendahului kes harian dengan catatan 401 diikuti Dammam 283, Hufof 229, Makkah 198 dan 173 di Qatif. Taif dan Jeddah masing-masing mencatatkan 172 kes diikuti Madinah 154, Khamis Mushait 132…

Read More

Indonesia catat 57,770 kes

SINGAPURA melaporkan 215 kes baharu jangkitan Covid-19 dengan 10 kes dalam komuniti menjadikan jumlahnya 44,122 kes. Kementerian Kesihatan (MOH) memaklumkan bahawa kes komuniti melibatkan enam rakyat Singapura atau penduduk tetap dan empat pemegang pas pekerja. Manakala empat kes import, yang kesemuanya diberi Notis Duduk-Rumah atau diasingkan sebaik tiba di Singapura. Yang lain kes baharu melibatkan pekerja asing yang mendiami asrama, demikian menurut kementerian itu. Setakat tengah hari semalam, 38,500 atau kira-kira 88 peratus daripada 43,907 jumlah keseluruhan pesakit telah pulih. Terdapat 215 kes disahkan masih di hospital dengan satu di unit rawatan rapi. Setakat ini,…

Read More

Polis pantau pematuhan SOP

KELONGGARAN tidak bermakna bebas melakukan apa sahaja. Justeru jangan ambil mudah terhadap peraturan yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Ingat, pasukan keselamatan masih menjalankan tugas mereka. Buktinya, pada hari ke-21 PKPP, polis menahan 55 individu termasuk pengunjung pusat hiburan dan rumah urut atas kesalahan ingkar PKPP di mana 11 individu direman manakala 44 lagi dikenakan kompaun. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 12 individu ditahan di pusat hiburan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP). Enam lagi ditahan di pusat refleksologi atau rumah urut, diikuti…

Read More

1 import, tiada kes tempatan

HANYA satu kes positif Covid-19 dan tiada kes penularan tempatan. Ini kali pertama sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu. Kes tunggal yang dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari 1 Julai 2020 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaru itu membawa maksud bahawa buat kali pertama tiada kes penularan dalam negara dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,640 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 144 kes. “Ingin…

Read More