ARAB Saudi merekodkan kes harian tertinggi pada Selasa, 30 Jun dengan 4,387 kes  menjadikan jumlah keseluruhan 190,823.

Jurucakap Kementerian Kesihatan memaklumkan, dalam tempoh 24 jam, jumlah kematian juga meningkat kepada 1,649 apabila 50 lagi kematian dilaporkan.

Di sebalik kenaikan kes positif hari ini, kes pulih pula meningkat dengan 3,648 menjadikan jumlah keseluruhan 130,766. Sebanyak 58,408 kes aktif.

Sementara itu, Al-Hafouf menyaksikan 342 kes diikuti Riyadh 342.

Dammam pula mencatatkan 308 dan Makkah 287, Taif 229, Jeddah 167, Abha 144, Madinah 132 dan Khamis Musha’id.132.

Related posts

Leave a Comment