Iran bukan semula lapangan terbang

TEHRAN – Iran membuka semula dua lapangan terbang utama di ibu negara itu, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini dan Lapangan Terbang Mehrabad, selepas operasi penerbangan terhenti selama beberapa minggu akibat konflik bersenjata dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Ia merupakan langkah penting ke arah pemulihan pergerakan udara awam di negara tersebut selepas konflik bersenjata dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang berlarutan menjejaskan operasi penerbangan domestik dan antarabangsa.

Pertubuhan Penerbangan Awam Iran turut meluluskan pembukaan semula beberapa lapangan terbang lain di seluruh negara bermula Sabtu ini termasuk di Urmia, Kermanshah, Abadan, Shiraz, Kerman, Rasht, Yazd, Zahedan, Gorgan dan Birjand.

Penutupan lapangan terbang sebelum ini dibuat sebagai langkah keselamatan berikutan serangan dan ketegangan ketenteraan yang memuncak, sekali gus menyebabkan hampir keseluruhan trafik udara di ruang udara Iran terhenti.

Setakat ini, pihak berkuasa Iran belum memperincikan jadual penuh penerbangan atau tahap pembukaan semula ruang udara antarabangsa, namun langkah tersebut dilihat sebagai isyarat keadaan keselamatan yang semakin stabil.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Qatar memaklumkan akan membenarkan “penyambungan semula secara berperingkat” operasi syarikat penerbangan asing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, selepas menjalankan penilaian keselamatan menyeluruh, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut pihak berkuasa itu, ia mengeluarkan Notis kepada Juruterbang (NOTAM) bagi mengumumkan langkah itu selepas berkoordinasi dengan entiti nasional berkaitan untuk memastikan kesiapsiagaan dan kecekapan operasi.

Semua penerbangan dan operasi berkaitan akan dijalankan mengikut piawaian keselamatan dan sekuriti tertinggi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment