Kawalan kendiri di AS lemah?

KAWALAN kendiri yang lemah dalam kalangan rakyat antara penyumbang peningkatan kes Covid-19 di Amerika Syarikat, kata Pengarah Institut Penyakit Berjangkit Nasional, Dr Anthony Fauci.

Beliau memberi amaran bahawa AS berdepan situasi yang mencatat 100,000 jangkitan Covid-19 setiap hari.

Ketika memberi keterangan di hadapan Senat AS, beliau merujuk situasi yang menunjukkan orang ramai bersosial tanpa memakai topeng, berada di tempat sesak dan tidak memberi perhatian kepada garis panduan yang telah dikeluarkan.

“Kita akan terus berada dalam masalah. Sekiranya amalan ini tidak dihentikan, lebih ramai yang akan menderita,” katanya.

Amaran ini juga dibuat Fauci ketika jangkitan di AS meningkat 40,000 bagi tempoh sehari bagi lima hari berturut-turut.

Peningkatan berkenaan direkodkan di negeri-negeri selatan dan barat.

Ia menyebabkan 16 negeri menangguhkan pembukaan semula ekonomi masing-masing.

Pada Isnin lalu, Gabenor New York, Andrew Cuomo menggesa Presiden AS Donald Trump untuk mengeluarkan arahan eksekutif agar pemakaian pelitup muka diwajibkan di seluruh negara.

Cuomo membuat kenyataan itu pada taklimat hariannya di New York, ketika jumlah kes baharu Covid-19 semakin meningkat di kebanyakan negeri, contohnya

Florida yang mengalami peningkatan besar pada hujung minggu dengan jumlah kes baharu mencapai hampir 18,000.

“Presiden boleh lakukan dua perkara — pertama, menandatangani perintah eksekutif yang mengarahkan semua orang untuk memakai pelitup muka.

Kenapa kita pada saat ini sebagai sebuah negara masih belum melakukan langkah sederhana, mudah dan minimum ini dengan menyatakan, ‘Anda mesti memakai pelitup muka semasa anda berada di khalayak ramai’,” kata Cuomo.

Cuomo turut berkata pihaknya sedang mempertimbang untuk melonggarkan sekatan dengan membenarkan pengunjung makan di dalam restoran di New York dan keputusan itu akan dibuat pada Rabu.

Related posts

Leave a Comment